Warga Emas,Mek Che binti Mat Nor, 76 tahun yang tinggal di Kampung Pulau Damar mengalir air mata, hiba sebaik menghantar Saya turun dari rumahnya walaupun dalam keadaan uzur dan sukar untuk bangun.
Mek yang tinggal sendirian di sebuah rumah papan yang uzur, amat terharu dengan kehadiran Saya. "Waktu banjir pun, Datuk Seri datang jenguk kami," katanya kepada seorang pemberita yang turut sama dalam program turun padang bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Larut, Matang dan Selama (LMS) pagi tadi.
Mek perlu bantuan rumah dan saraan, kata Pak Lang Halim atau Halil, Ketua Kampung Sungai Ara. Permohonan telah diajukan kepada Baitulmal cuma menunggu kelulusan.
Masalah Mek akan saya bangkitkan ke pengetahuan Yang Dipertua Jabatan Agama Islam Perak, Datuk Mohd Noor Alhafis secepat mungkin bagi dilaksanakan.
Saya bersama Pegawai-pegawai Jabatan Kebajikan yang diketuai oleh Timbalan Pegawai Daerahnya, Puan Azazilah binti Mohd Fauzi mengadakan program menemui Masyarakat DUN Kubu Gajah, terutama warga emas yang memerlukan bantuan Kebajikan.
Dalam majlis tersebut juga ada Ketua Kampung yang tidak puas hati kerana ramai permohonan yang telah dipanjangkan, tetapi tidak ada sebarang jawapan dan kelulusan.
Saya juga tadi sempat ke rumah warga emas, Zulkifli bin Ahmad, 77 tahun dan Zulkifli bin Dala di Sungai ara.
Saya juga berharap Jabatan Kebajikan Masyarakat menimbang cadangan supaya warga emas yang uzur, diberi keistimewaan dalam mendapatkan bantuan perubatan, asalkan mereka disahkan oleh Ketua Kampung.
Pada program pagi tadi ia melibatkan penduduk-penduduk sekitar Sungai Ara, Kelian Cinei, Kampung Haji Mat Ashik, Jemerang Setar, Kampung Simpang Tiga, Gudang, Padang Das dan Kampung Batu 20.
0 comments:
Post a Comment