14 November 2010
Turun padang
Saya amat bersimpati dengan kehidupan, warga emas, K. Batumani yang tinggal di Ladang Lembah Keluang di Kubu Gajah yang hilang sebelah tangan sejak dari kecil lagi.
Beliau yang tinggal bersama Ibunya di sebuah rumah di pendalaman, tidak pernah menerima sebarang bantuan kebajikan,. Justeru merayu kepada Saya agar Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menghulurkan bantuan.
Dalam program melawat Kampung, tengahari tadi, Saya juga turut melawat seorang lagi Warga Emas, Piah binti Daim 73 tahun yang merayu mendapatkan bantuan sebuah rumah bagi menggantikan rumahnya yang terlalu uzur.
Beliau kini menumpang rumah anaknya di Simpang Lembah Keluang, tetapi memberitahu bahawa anaknya akan mengambil balik kerana ingin menetap semula di kampung.
Saya juga melawat seorang OKU, M.Tilakavathi, 26 atahun yang bertubuh seperti seorang budak kecil dan kini tinggal bersama keluarganya di sebuah rumah di dalam ladang Kelapa Sawit di Lembah Keluang,
Beliau bagaimanapun, telah menerima bantuan daripada JKM sebanyak RM 150, kira-kira tiga bulan yang lalu, namun masih belum cukup bagi membiyai keperluan hariannya.
Saya juga melawat rumah sebuah keluarga miskin di Pekan Kubu Gajah yang tinggal bersama empat orang anaknya yang masih bersekolah.
Abdul Rahim bin Mat Nor, 50 tahun yang bekerja sendiri kini tinggal di rumah sewa dan memohon bantuan sebuah rumah.
Saya juga melawat seorang lagi keluarga miskin, Sabariah binti Abdul Razak, 39 tahun yang tinggal berdekatan FELCRA Tebing Tinggi yang memerlukan juga bantuan membaiki rumah.
Seorang lagi Ibu tunggal, Rokiah binti Awang, 67 tahun yang juga tinggal di Pekan Kubu Gajah juga mohon bantuan membaiki rumahnya.
Saya juga melawat sebuah rumah di Pekan Kubu Gajah yang dihempap oleh sebatang pokok. Bagaimanapun, tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment