30 November 2010
Dewan
Menteri Bear Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir memberi jaminan bahawa Pekan-Pekan Kubu Gajah dan Ijok akan berwajah baru sebaik program menaik taraf dilaksanakan sepenuhnya bermula tahun depan.
Menjawab soalan tambahan ADUN Kubu Gajah di Sidang Dewan undangan Negeri (DUN) Perak yang bermula hari ini, beliau juga berkata pembangunan tanah sudah pasti berlaku dengan pesatnya dengan pelbagai pojek yang dirancangkan.
Beliau secara peribadi sememangnya serious untuk membangunkan Kubu Gajah dan Ijok kerana beliau sendiri melihat sendiri keadaan kedua-dua pekan itu dalam lawatan yang beliau lakukan tempuh hari.
Selain Kubu Gajah dan Ijok dalam DUN Kubu Gajah, pekan Batu Kurau juga turut terlibat dalam program naik taraf pekan-pekan yang kecil di perak yang telah dikenal pasti.
Ketika mengemukakan soalan Saya ingin tahu samada pembukaan Susur Keluar di Alor Pongsu akan membanu menjanakan lagi kemajuan di Kubu Gajah dan Ijok.
Saya juga turut mencadangkan pembukaan Kampus Universiti di tapak Pusat Ternakan Kambing Bore Negara di Ladang Sungai Segar/pondok Tanjung sebagai sebahagaian perancangan mengubah pembangunan di DUN Kubu Gajah.
Dalam soal lain, Saya turut meminta agar Warga Emas yang sakit diberikan pengecualian darpa mengisi borang untuk mendapatkan bantuan segera, tetapi memadai ia disahkan oleh Ketua-Ketua Kampung berkenaan sahaja.
Sementara itu dalam perkembangan lain, seorang ADUN dari Pembangkang telah diarah keluar oleh Speaker Dewan kerana mempertikaikan soalan beliau tidak dijawab dalam sesi soalan lisan.
Mentei Besar kemudian membentangkan Bajet 2011 yang akan mula dibahaskan bila sidang Dwan bersambung besok.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Inilah yang seharusnya dilakukan oleh semua pemimpin.
Semua bandar kecil dan kampung juga perlu dibangunkan selaras dengan pembangunan di bandar besar.
YMDS,
Dalam persidangan tahunan UMNO yang lalu ada peserta membangkitkan isu kita terlampau banyak merancang dan tidak pula bertindak atau membangunkannya sesudah dirancang.
Ada juga mengatakan kita hanya berlagak (macam pandai) tapi tak buat apa2 pun.
Mesyuarat dan perjumpaan sentiasa diteruskan tetapi pembangunan Kubu Gajah, Ijok dan Batu Kurau belum nampak bayang hingga hari ini.
Ada juga pemuda UMNO berpendapat Grik lebih maju dari Batu Kurau, tapi 30 tahun dahulu bandarnya agak serupa besarnya. Kenapa pendapat orang kecil kita tak mahu dengar. Kita hanya mahu dengar orang seperti mantan DS Dr. Mahathir sahaja.
Belum pun siap susur keluar Alor Pongsu dan menaik taraf pekan seperti Kubu Gajah kita pula mencadangkan menaik taraf Batu Gajah sehingga 700 juta akan di perbelanjakan. Saya takut kita asyik bangunkan tempat DAP dan tinggalkan tempat UMNO.
Pepatah Pulau Pinang ada menyatakan, Balik Pulau Bayan Lepas. Lapangan terbang Briah terplau pekan Kubu Gajah/Ijok melepas.
Kita asyik banyak merancang tapi tidak ada tindakan. Jalan susur keluar Alor Pongsu ini bukan perkara baru. Ia dilahamkan semasa hendak pilihan raya Hulu Selangor.
Saya pun tak tahu kenapa wakil rakyat sebelah sana tidur sahaja.
Ular sawa tempat kita bila ia kenyang baru ia tidur. Takkanlah wakil rakyat Alor Pongsu terlampau kenyang macam ular sawa di belakang rumah kita.
Saya sangat2 berterima kasih kerana YMDS membangkitkan perkara ini. Diharap juga YMDS geletek sedikit wakil rakyat Alor Pongsu. Alor Pongsu ni banyak yang berkaliber seperti anak YB Masaud Untoi dan En Saari pengarah statistik Malaysia (dulu la) yang sekarang menetap di Ipoh dan di KL. Elok juga ia dicalonkan menjadi wakil rakyat Alor Pongsu untuk menggantikan yang sekarang ini.
Lagi sekali saya berterima kasih kerana YMDS membangkitkan perkara ini. Hari ini saya berasa tidur lena sedikit.
Sekian. Terima kasih.
YMDS,
Kita tak ada universiti vertiner dan perhutanan yang baik di Malaysia
Kalau Pondok Tanjung membina Universiti untuk keperluan yang sebegini alangkah baiknya kerana ia menepati keadaan tempat tersebut (Hutan Simpan Pondok Tanjung dan Ladang Boer).
NCER Koridor Utara mengutumakan modal insan tapi tempat kita diketepikan walaupun berpotensi menjadi pusat kajian kelapa sawit dan getah selain daripada Universiti Vertiner, Perhutanan dan Perikanan air tawar. Ada 26 jenis ikan air tawar yang bertelur di Sungai Merah dekat Pondok Tanjung semasa musim tengkujuh. Ikan2 ini datang dari tasik Bukit Merah. USM buat kajian perhutanan di Pondok Tanjung. Memang tempat ini sangat baik untuk pembinaan universiti. Bukan dekat Ipoh atau Lumut atau Bagan Datuk. Saya boleh bagi 100 sebab tapi ruang ini hanya untuk tiga sebab sahaja.
Kerajaan selalu bina universiti tak kena pada tempatnya. Cuba tanya adik mantan MB Perak yang lalu. Beliau ialah Vice Canselor UTM. Tanya beliau di mana harus kita bina universiti haiwan dan perhutanan?
Kalau tanya orang politik semuanya mereka nak bina di tempat mereka. Sebagai contoh 2 institusi di cadangkan di bina dekat Bagan Datuk. Dan yang lainnya dekat Ipoh dan juga Sitiawan. Padahal orang alim ramai datang dari Krian dan Gunung Semanggol tapi institusi agama akan di bina dekat Lumut. Setahu saya tak ramai orang alim di sana. Kalau di Krian wakil rakyatnya pun ada berbangsa 'Cina' yang alim orangnya
Pembangunan seperti ini (tujuan politik) sama seperti kita majukan pelabuhan Kuantan seketika dahulu dan akhirnya dilanda badai Cina Selatan. Yang sebenarnya yang paling strategik ialah Lumut dan Butterworth kerana dilindungi Pulau Pangkor dan Pulau Pinang.
Tapi kerana politik dulu kita bina di Kuantan.
Begitu juga sekolah sukan sepatutnya di negeri yang selalu mendapat champion dalam sukan. Kalau Pahang, Pahanglah. Itulah maksud saya.
Sekian pendapat saya.
Post a Comment