17 November 2010
Raya Korban
Alhamdullilah, kita bersyukur kerana dapat menyambut hari raya Aidil Adaha. Saya dan keluarga mengambil kesempatan ini utuk mengucapkan selamat Hari Raya Aidil Adha semoga seluruh umat Islam tidak kira dimana akan sentiasa berada dalam kesejahteraan.
Kita juga berdoa semoga Rakyat di Negara yang tercinta ini akan terus maju, berjaya dalam bidang-bidang yang diceburi serta terus menikmati hasil pembagunan yang dirancag oleh Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Perdaa Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
Semoga juga slogan 1 Malaysia, rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan akan terus menyemarak dan menjadikan obor kejayaan lebih hebat dan disegan.
Kita juga berdoa agar kestabilan politik dan ekonomi Negara yang sihat bukan sahaja mampu menjadikan kiya berdaya saing, tetapi meyakinkan lagi pelabur Luar.
Seorang Pelabur dari Australia ketika ditemui dalam perbincagan perniagaan, secara terbuka begitu tertarik dengan kestabilan politik dan ekonomi Malaysia dan berhasrat memindahkan Ibupejabat perniagaannya ke Negara ini.
Bagi beliau,Malaysia mempunyai potensi pelaburan yang baik,bergantung kepada kecekapan mereka memasar dan mempromosikannya.
Ahli peniagaan ini mempunyai rangkaian pelaburan yang besar dibeberapa buah Negara di Asia seperti China dan Singapura dan kini berhasrat untuk melaukannya di Malaysia. Perak adalah diantara pilihan utama beliau.
Sempena degan Hariraya Korban ini, Pertubihan Peladang Kawasan (PPK) Batu Kurau turut mengadakan majlis korban. Selaku pengerusi, Saya telah menyerahjan seekor lembu di Kampung Ceruk Pelanduk dan seekor lagi di Pantai Besar, Ijok.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
YMDS,
Slogan 1 Malaysia saya rasa hanya dapat tercapai apabila konsep 'win-win' (untung-untung) dapat dipraktikkan.
Jika penternak lembu melepaskan lembu mereka ke tamanan saya bermakna merekalah yang untung, dan saya yang rugi.
Begitu juga CEO syarikat yang besar2 hanya dipenuhi oleh sesetengah kaum sudah tentu kaum yang tidak mendapat pekerjaan sebagai CEO yang berlandaskan prinsip menang-menang.
Kita mesti melihat secara holistik bukan hanya melihat pada satu sektor sahaja seperti jawatan di JPA.
Penilaian yang baik ialah dilihat daripada sudut keseluruhan atau holistik. Misalnya wakil rakyat kaum India melibihi kuota penduduk kaum India. Tapi masih ada kaum Hindraf mempertikaikan biasiswa dan jawatan di JPA.
Kalau kita mahu keadilan yang mereka tuntut berikan mereka menjadi wakil rakyat Buntong sahaja dan berikan jawatan tinggi di JPA berdasarkan kuota mereka.
Yang mana mereka mahu?
Saya hanya memberi contoh sahaja untuk makluman YMDS.
YMDS,
YMDS pernah menemui pelabur Australia.
Kalau boleh jika ada pelabur yang lain datang ke Perak YMDS bolehlah beritahu mereka kawasan interchange SELAMA, apabila siap lebuhraya Jelapang- Selama hanya mengambil masa 30 minit untuk mengekspot barangan ke Pelabuhan Butterworth.
Saya mohon juga kepada YMDS memantau projek koridor Utara dekat pelabuhan Butterworth supaya ia dapat merancakkan pengekspotan barangan dari utara Perak.
Pelabuhan Butterworth lebih strategik dari Pelabuhan Lumut.
Saya boleh ceritakan banyak lagi keistimewaan pelabuhan Butterworth dari segi marketing dan birokrasi.
Kalau YMDS pandai kelentong sudah tentu lebih ramai pelabur yang suka datang ke Selama dari ke Lumut.
Cuba YMDS ekspot barangan dari LUMUT. Kalau tak silap 2 minggu pun belum ke kapal. Tapi yang Buttreworth hanya 3 hari yang pernah saya tunggu.
Saya lihat lebih banyak kapal yang datang ke Butterworth daripada ke Lumut.
Kesimpulannya tempat kita lebih strategik daripada LUMUT setelah lebuhraya Jelapang-Selama siap.
Lagi satu yang saya risaukan MB kita tidak seperti MB2 Johore, Melaka dan Negeri Sembilan. MB2 di sana membuat pembangunan di tempat jin bertendang. Tapi kita bina semuanya dekat Ipoh hingga ke Lumut.
Lihat mantan Perdana M4enteri kita bina Puterajaya dan Lapangan terbang antarabangsa di tempat jin bertendang.
Mantan MB Negeri Sembilan memebina kawasan Nilai dan juga membina istananya di situ.
MB Johore membina tempat jin bertendang yang bertentangan dengan Changi Point, iaitu Penggerang.
TS Rahim Tamby Chik, jika dibandingkan dengan MB kita, Bahasa Inggeris MB kita lagi lebih baik, tapi TS Rahim dapat memujuk pelabur ramai datang ke Melaka dalam masa yang singkat.
MB kita pernah pergi ke US. Saya dengar Bahasa Inggerisnya loghat macam orang putih sikit2 tapi saya tak tahu berapa ramai pelabur US yang sudah bercita2 hendak melabur di Perak hingga hari ini.
Yang saya susah hati KM kurang pandai berbahasa Inggeris dapat memikat pelabur dalam masa yang sengkat. Tetapi yang pandai berbahasa Inggeris loghat orang putih pula tak dapat pelabur asing datang ke tempat mereka.
Saya rasa pencapaian diutamakan hendaklah tidak melihat dari segi pencapaian akademik semata2 tapi juga pencapaian memanggil pelabur luar negeri juga dianggap pencapaian diutamakan.
Bolehkan orang yang dapat 10 distinctions menarik pelabur asing.
YMDS fikirlah apa yang dimaksudkan dengan pencapaian diutamakan untuk mencapai slogan 1 Malaysia.
Perkara pencapaian (kerana melebihkan akademik) diutamakann dan pembangunan seimbang antara tempat jin bertendang dengan bandar besar yang saya risaukan tidak akan tercapai dalam perancangan yang akan datang.
Sekian untuk makluman YMDS,
YMDS,
Saya tertarik dengan kestabilan politik YMDS sebut2kan dalam blog ini.
Saya fikir jika kita pilih pemimpin yang rajin, ikhlas dan yang menghormati perlembagan sudah tentu kestabilan politik tercapai.
Kalau DAP pilih macam penasihat kontigen polis dan PLKN kita, PAS pula pilih macam Ustaz Ghani Shamsuddin (pengurusi ulama), UMNO pula pilih macam Menteri Besar Johor, MIC pula seperti Timbalannya dari Kampar (beliau dibesarkan di Bagan Serai, berhampiran rumah saya waktu itu) dll lagi sudah tentu kesetabilan politik tercapai.
Cuba lihat muka ke empat2 mereka ini (maksud saya dari segi psikologi). Mereka cukup takut perkelahian seperti 13 Mei terjadi.
Yang penting sekali kita mesti didik ahli UMNO supaya memilih pemimpin yang betul2 dapat meningkatan ekonomi kita seperti Menteri Besar Johor. Orang Cina dan India pun sama2 untung di Johor. Walaupun beliau sedikit sebanyak menolong Melayu tapi peningkatan per capita kaum Cina melambung naik meninggalkan lebih jauh pendapatan Melayu.
Yang pentingnya kita tak peduli siapa beliau tolong asalkan per capita kita meningkat.
Sekian untuk makluman YMDS.
YMDS,
Saya tertarik hati dengan saranan YMDS tentang rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan.
Masih ramai orang kita menganggap rakyat bandar yang didahulukan daripada rakyat luarbandar.
Sebagai contoh sudah tentu lapangan terbang yang dicadangkan dibina di lembah Briah tidak akan menjadi kenyataan apabila lapanagan terbang Ipoh dinaik taraf.
Saya menganggap Briah adalah kawasan luar bandar dan Ipoh adalah kawsasan bandar.
Kesimpulannya kita bangunkan bandar dan bantu semua masyarakat miskin tegar yang di bandar dan yang di luar bandar. Akhirnya rakyat bandar lebih untung dari yang di luar bandar.
Sebab itu ramai orang berpindah ke bandar.
Saya melihat pembangunan rancak dibangunkan di kawasan Ipoh.
Bagi pencapaian diutamakan pula saya melihat pencapaian penjual laksa di Ijok pada pendapat saya telah berjaya tapi macam mana kita hendak membantu francisenya.
Apa yang saya takutkan pencapaian di sini dimaksudkan hanya untuk pencapaian akademik.
Sebagai contoh Haji Talib Changkat Lobak/Bukit Torak amat berjaya dalam bidang pemeliharaan ikan kelesa. Kalau kita mengutamakan kejayaan, sudah tentu kerajaan dapat membantu Haji Talib mengekspot ikan kelesanya sendiri. Maksud saya tidak lagi melalui orang tengah.
Kalau kita turun padang secara sendirian sudah tentu kita akan lihat kolamnya. Tapi kalau turun padang dengan protokol, saya rasa protokal hanya membawa YB ke anak pinaknya sahaja. Lupa orang penanam nenas dekat sungai Malau Luar dan dusun saya yang sentiasa dikerumuni kera.
Ketua kampung takkan bawa YMDS melihat kebun nenas di Sungai Malau luar dan dusun saya kerana saya tidak berapa rapat dengan beliau.
Sekian untuk makluman YMDS
YMDS, Salam takZIM
Saya percaya rakyat sudah membuat keputusan:
Siapa yang akan menjadi KORBAN dalam PRU yang akan datang - BN atau PR.
Sama sama kita tunggu dan lihat.
Post a Comment