Template by:
Free Blog Templates

28 November 2010

Rakyat


























Program membangun dan memajukan DUN Kubu Gajah akan diteruskan, dengan Kerajaan Negeri dibawah pimpinan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sendiri mahu melihat Pekan Kubu Gajah dan Ijok bertukar wajah menjadi diantara bandar yang berubah dengan arus kemajuan sekarang.

Saya memberitahu satu majlis jamuan rakyat tenghari tadi tanda-tanda DUN Kubu Gajah akan terus membangun ialah pembukaan beberapa projek jalan baru seperti dari Kamung Mesjid, Teras ke Ulu Mengkuang dan Sungai Dendang ke Selama.

Rancangan membuka tapak industri juga menjadi keutamaan saya, selain sebuah Kampus Universiti dan Kolej.

Pusat Khidmat DUN Kubu Gajah mengadakan majlis tersebut sebagai tanda sykur dan terima kasih keapda Kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana memberi perhatian kepada pembangunan dan kemajuan DUN tersebut.

Kempen untuk menarik lebih ramai orang datang ke DUN Kubu Gajah juga turut dirancangkan. Beberapa tempat menarik juga telah dikenalpasti untuk tujuan pembinaan gerai-gerai bagi tujuan menjual barangan produk penduduk tempatan.

Lebih 1,000 orang membanjiri perkarangan Pusat Khidmat DUN Kubu Gajah termasuk mantan ADUN Selama, Haji Mohd Kassim Mahmud dan Adun Batu Kurau, Haji Abdul Manan Mohd Ali, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Larut, Mohd Annuar Ariffin, Ketua Wanita UMNO Bahagian, Sawfiah Yahya dan Pemimpin-peimpin Parti Komponen BN.

Di majlis itu juga disampaikan sumbangan BAIDURi kepada Warga Emas, lelaki dan Wanita termasuk kalangan Masyarakat Cina dan India.

Turut disampaikan ialah tiga buah kiosk kepada Abdul Rahim bin Mat Nor, 50 tahun yang menjual buah di pekan Kubu Gajah, Abdul Razak bin Ibrahim, 53 tahun seorang OKU menjual Mee Rebus dan Nasi Lemak di kampung Mesjid, ijok dan Khairi bin Harun, 41 tahun menjual rojak buah di Tebing Tinggi.

Seramai 41 orang pelajar cemerlang peperiksaan UPSR turut menerima sumbangan di majlis tersebut, beg sekolah kepada pelajar-Pelajar miskin di DUN Kubu Gajah.

Selain pertunjukan Tomoi oleh kanak-kanak, turut dipersembahkan ialah nyanyian bakat baru Artis tempatan.

2 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Apa yang paling saya suka semasa perjumpaan ini ialah orang PAS pun dapat bahagian.

Saya duduk sebelah dapur.

Saya lihat orang India ramai yang makan dan bawa bali masak kurma. Begitu juga kaum Cina.

Penilaian saya ialah kalau orang Cina rasa sedap sudah tentu masakan itu paling lazat.

Tahniah.

Tapi mereka hanya lalukan air ke beras untuk membasuhnya.

Saudara saya yang bekerja di kilang beras mengatakan ada tiga awit (racun) yang dimasukkan ke dalam beras.

Tak tahulah saya pula jika ia berbohong.

Tahniah.

Anonymous said...

YMDS,

Saya lihat program yang paling penting sekali ialah menarik mereka yang lahir di ADUN Kubu Gajah kembali bermastutin di kawsan ADUN Kubu Gajah apabila bersara.

Projek kedua ialah menggalakkan belia supaya tidak berhijrah ke luar bandar.

Projek ketiga saya mensyorkan supaya YMDS membiana kiosk PETRONAS di tanah ayahanda YMDS oleh kerana jalan susur keluar akan di bina di sana.

Memanglah perkara ini tak menguntungkan sangat seperti menjadi pengurusi MajuPerak tapi kita mesti membangunkan Kubu Gajah.

Kalau harpakan kerajaan semata-mata lambatlah sedikit Kubu Gajah hendak membangun.

Terima kasih