Template by:
Free Blog Templates

29 November 2010

Tindakan






Masalah tebing sungai runtuh dan hakisa di dun kubu gajah adalah diantara perkara yang saya bangkitkan di mesyuarat tindakan daerah Larut, Matang dan Selama, pagi tadi.

Mesyuarat yang dipengerusikan pegawai daerah, Datuk Mahmud Rashdi juga diberitahu supaya agensi2 terbabit seperti JPS membuat pemantauan di kawasan2 yang sering diancam banjir memandang cuaca tidak menentu dengan hujan turun dengan lebat.

Dalam mesyuarat itu juga diminta pihak JKR segera memperbaiki jalan-jalan yang sering rosak dan tanda keselamatan di simpang2 utama di Dun Kubu Gajah.

Masalah projek menjojoi di beberapa tebing sungai juga dibangkitkan.

Selain menai taraf beberapa titi gantung saya juga mencadangkan ada yang perlu diganti dengan jambatan konkrik.

Di mesyuarat itu juga diberi taklimat mengenai projek lebuhraya bertol dari Jaeapang ke selama oleh pihak syarikat terbabit.

Projek bernilai rm 3.5 billion itu juga akan melalui kubu gajah dimana satu susur keluar akan dibina

Projek itu akan membantu membangunkan tanah2 di kawasan luarbandar.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Semasa Datuk Samy Vellu dulu jalan motosikal dibina dalam pagar lebuhraya.

Boleh tidak YMDS syorkan jalan motosikal hendaklah dibina diluar pagar berdekatan jalan susur keluar supaya kami boleh keluarkan hasil pisang, nenas dll melalui jalan motosikal tersebut.

Lagi satu perkara lebuhraya Jelapang Selama ini diswastakan. Bila diswastakan pihak swasta akan memberi pampasan. Boleh tidak YMDS mensyorkan kerajaan bekerjasama dengan Beta MutiARA Teknologi di Kulim atau di KL memberi gantian luas tanah sama seperti yang diambil, bukan memberi pampasan secara cash.

Jika pampasan yang diberikan nilai tanahnya mengikut cukai setem setempat. Agak tidak sesuai pada zaman ini

Tapi kalau tanah yang digantikan, kami tak rasakan sangat ruginya. Saya rugi 1 1/2 tanah yang diambil JPS. Tapi kalau tanah tersebut digantkan dengan tanah lain yang berdekatan taklah saya rugi begitu banyak.

Saya lihat ADUN Matang Pasir ni tidur agaknya.

Kalau beliau tidur cuba YMDS tanya kenapa jalan interchange Matang Pasir belum dibina. Ia telah pun dirancang sebelum pilihan raya Hulu Selangor.

Jalan susur keluar ini sangat penting untuk pembangunan Kubu Gajah walaupun ia tidak di tempat kita.

Mungkin di situ banyak rumah hendak diselesaikan bagi menerima pampasan. Kalau begitu tunjukkan kepada mereka jalan susur keluar di Tanjong Malim. Saya rasa mereka boleh bina susur keluar seperti di Tanjong Malim. Bangunan kutipan tolnya sangat jauh dari lebuhraya.
Kita boleh buat cara yang sama untuk mengelakkan rumah2 yang ada berdekatan.

Lsgi satu jika YMDS buat perjumpaan seperti di Kubu Gajah hari Sabtu yang lalu ingatkan mereka supaya tidak menjual tanah mereka di kawasan Kubu Gajah.

Rumah adik YMDS tu terlampu kecil. Binalah besar2 kerana jalan susur keluar akan dibina berhampiran di situ. Cuba lihat yang di depan (50 ela ke kanan), 300 ribu nilainya. Saya ucapkan tahniah kepada mereka yang membut rumah besar2 di kawasan kita. Dekat Kubu Gajah ada satu hampir siap. Kalau rumah begini di bina banyak2 barulah orang asal Kubu Gajah buka mata dan menyesal kerana telah menjual tanah mereka atau pun telah berpinah ke Batu Kurau, Ipoh atau Kuala Lumpur.

Kalau YMDS bina ruamah 300 ribu di situ ramai orang kita yang balik kampung kerana mereka ada penuh keyakinan yang Kubu Gajah akan membangun.

Kalau tidak mereka masih agak KL dan Ipoh syurga dunia.

Sekian. Terima kasih.