Template by:
Free Blog Templates

15 November 2010

Dun Kubu Gajah













Program sukan bertaraf antarabangsa akan menjadi acara tahunan dalam mempromosikan Dun Kubu Gajah.

Selain perlumbaan 4X4 Road to Kubu Gajah,kejohanan seperti pengembaraan,futsal dan bola sepak juga akan dianjurkan.

Kita akan bergerak lebih aggresif untuk tujuan yersebut yang sudah pasti menbabitkan remaja terutamanya.

Sehubungan itu, kerjasama pelbagaipihak termasuk agensi Kerajaan amatlah diperlukan agar Dun Kubu Gajah tidk bersendirian dlam memerialisasikan impian tersebut.

Saya berkata demikian ketika berucapmerasmikan hari mini konvo tabika KEMAS peringkat Dun Kubu Gajah di dewan astaka, Batu Kurau, Pagi tadi.

Nama Kubu Gajah mula menjadi sebutan selepas kejayaan menganjurkan program 4X4 Jamboree Kubu Gajah 2010 di Felda Ijok pada 13 dan 14 november lalu.

Saya juga berharap lebih tabika KEMAS dibuka bagi menampung bilangan kanak-kanak yang bertambah.

penghulu Batu Kurau, Tajuddin Ismail, Pegawai KEMAS Larut Matang dan Selama, Pegawai JASA, Ustad Hasbullah dan pengerusi gabungan tabika KEMAS Dun Batu Kurau dan Dun Kubu Gajah, Adnan Ahmad diantara yang hadir.

3 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Persediaan pertandingan antarabangsa hendaklah dirancang dari sekarang. Kalau tidak orang yang sama akan mendapat kejayaan tiap-tiap tahun.

Kalau dirancang dari sekarang orang Arab pun boleh menang dalam pertandingan 4X4.

Sekarang sepatutnya perkara ini sudah pun dimasukkan ke internet dan mempunyai kata laluannya.
tersendiri.

Carilah setiausaha yang pandai berbahasa Inggeris juga bahasa2 lain seperti Arab dan beliau hendaklah juga dapat menghasilkan website yang tersendiri khas untuk pertandingan yang hendak dijalankan.

Pintu kejayaan perlawanan ini bukan terletek kepada penaung dan pengurusi tapi ialah setiausahanya.

Perkara ini sudah saya alami. Yang lain hanya boleh tunjuk dengan jari hantu sahaja, cekak pinggang, tangan dalam poket, peluk tubuh dan anguk2 sahaja.

Sekian pengelaman saya untuk pengetahuan YMDS.

DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN said...

terima kasih atas pandangan akan diambil perhatian.

Anonymous said...

YMDS,

Lumba perahu dari Sungai Lembah Keluang atau Sungai Jambu mudek ke Sungai Krian dan menongkah naik ke sungai Ijok boleh juga dijalankan kerana perlawanan 4X4 ni sudah selalu sangat kita dengar terutama di Sarawak dan Sabah.Naik bosan pula mendengarnya.


Tapi cross-country lumba perahu dayung jarang2 kita dengar. Kita mestilah inovatif dan kreatif dengan membuat pertandingan yang jarang2 kita dengar dipertandingkan di peringkat antarabangsa.

Buatlah sesuatu yang berlainan. Hadiahnya boleh kita perolehi dari enam manager estet yang kita ada di ADUN Kubu Gajah selain dermawan dari SLC dan mereka yang dapat tender dari kerajaan seperti kontraktor2 kita.

Di Amerika penaung dipilih daripada mereka yang pandai mengumpul hadiah dan mendapatkan derma terutama sekali dari syarikat SLC dan GLC. Janganlah pilih penaung yang tak pandai kumpul wang dan hadiah seperti yang selalu kita buat di Malaysia.

Sekian pengelaman saya untuk perhatian YMDS.