Template by:
Free Blog Templates

29 November 2010

Kenduri



Menghadiri kenduri kahwin anak perempuan Faridah Binti Abu Bakar, peneroka FELDA Ijok petang tadi.

Farini Binti Samsudin, 26 tahun memilih pasanganya, Ku Aziruwaidi Bin Ku Aziz, 30 tahun.

Samsidar Farini bekerja kerani di pusat latihan khidmat negara (PLKN) manakala suaminya mengajar di sekolah kebangsaan Sultan Idris 2, FELDA Ijok.

Selamat pengantin baru semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.

2 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Blog YMDS penuh dengan kenduri Kakhwin sahaja.

Kami juga ingin tauhu berita yang YMDS bawa dari Ipoh dan KL.

Sebagai contoh baru2 ini YMDS ke Ipoh.

700 juta diluluskan untuk Batu Gajah. Lagi satu projek Lembah Kinta. Kerajaan Perak asyik bangunkan Lembah Kinta sahaja. Kerajaan Federal asyik bangunkan Lembah Kelang sahaja. Apa dah jadi YMDS?. Tempat DAP yang dibangunkan. Saya takut ramai kawan kita masuk DAP.

Salah satu darpada projeknya ialah membina theme park di Batu Gajah.

Kita sudah ada theme park di Bukit Merah. Naikkan sahaja tarafnya ke peringkat antarabangsa. Kulau Bukit Merah dibangunkan tempiasnya juga akan sampai ke Kubu Gajah.

Cuba YMDS pergi ke Finland. Kawasan tasiknya sangat menarik di dunia.

Batu Gajah ecosystemnya tak menarik bagi pelancong luar negara.
Tapi cuba YMDS berkayak dari tasik Bukit Merah ke Sungai Merah menuju ke jalan Taiping. Sangat Indah daripada hutan Blum. Begitu juga ke Sungai Briah, tempat udang galah.


Sebagai Pengurusi Majiperak YMDS tak bolehkah bersuara tentang perkara ini?

Mereka boleh bersuara untuk menaiktaraf lapangan terbang Ipoh hingga mengenepikan lapangan terbang Briah, kenapa YMDS tak bising macam di Parliamen dahulu.

Semasa di Parlimen dahulu saya sangat sanjung tinggi YMDS. Tapi semasa jadi ADUN tak begitu heboh lagi.

Kesimpulannya, bila ada pembangunan negeri Perak, YMDS mestilah ingat supaya tempiasnya akan samapai ke Kubu Gajah. Jangan asyik ingat IPOH sahaja. Ingatlah juga Tebing Tinggi, Kubu Gajah, dll. Tempat jatuh lagi dikenang. Pertandingan 4X$ tidak akan menjadi mercu tanda bila kita meninggal nanti.


Sekian untuk makluman YMDS.

Anonymous said...

YMDS,

Bulan Desember ni memang ramai orang kahwin.

Sambil YMDS pergi kenduri kahwin cuba tanya harga getah di sana.

Kadang2 saya rasa macam kena tipu.

Harga getah yang saya jual tidak menentu beza harganya dengan harga pasaran yang sebenarnya pada hari yang sama.

Harga ketol basah sehari dan yang saya jual bezanya tak menentu.

Sebagai contoh harga jualan saya pada 23.11. 2010 ialah 5.57 tetapi harga pasaran yang sebenarnya ialah $5.92.

Harga jualan saya pada 1.11.210 ialah 5.18. Tapi harga pasaran yang sebenarnya ialah 5.29.

Bezanya ialah 11 sen sekilo.

Pada 23.11.2010 bezanya 25 sen sekilo.

Nampaknya kami penoreh getah kena tipu hidup2.

Saya minta YMDS jumpa semua pembeli getah supaya membeli getah jangan melebihi perbezaan harga sebanyak 10 sen bagi tiap2 kilo. antara penjual dan pembeli getah.

Ini mereka ikut sesuka hati mereka sahaja.

Saya menjual ke Encik Razali Kubu Gajah. Depan rumahnya pun beliau ukur untuk membesarkannya.

Kalau YMDS sebut nama saya kepadanya tentulah beliau masam muka terhadap diri saya. Buat masa ini beliau senyum sahaja kerana tiap2 sekilo dapat 25 sen . Kalau 20 kilo, bayangkanlah hasil yg diperolehinya daripada seorang penoreh getah.

Kenapa penoreh getah yang lain duduk diam sahaja.

Kita asyik kenduri sahaja manakala pembeli getah beli getah ikut sesuka hati mereka.

UMNO tak boleh buat apa2kah. Kalau ada penoreh getah menjadi JK UMNO saya rasa perkara ini tidak berlaku. Sekarang ni ramai cikgu dan businessmen sahaja. Saya pun rasa malu nak jumpa mereka. Ada yang berlagak seperti wakil rakyat. Macam kami ni, siapa nak pilih jadi AJK UMNO kerana tak pandai berlagak dan berlakun.

Sekian supaya perkara ini diambil tindakan segera, tapi tidak lagi ambil perhatian sahaja. Itu zaman dulu. lagi2 ambil perhatian tapi tidak ada tindakan. Semalam saya jual pun begitu juga.

Terima kasih YMDS