4 November 2010
Rumah miskin
Penerima bantuan rumah program rakyat termiskin (PPRT) dingatkan agar tidak menyahgunakan kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan.
Setelah mereka bersusah payah mendapatkannya, janganlah pula ia dijual atau disewakan kepada orang lain,semata-mata untk mendapat keuntungan cepat.
Saya berkata demikian di majlis penyerahan rumah PPRT biyai FELCRA kepada Hamidon bin Lazim, 47 tahun di Kampung Bagan Bahru, Ijok, tengahari tadi.
Hamidon yang bekerja kampung tinggal bersama isteri, Zaton binti Salleh, 48 tahun dan anak tujuh orang,
Mengenai pembinaan rumah PPRT itu, Saya juga meminta agar FELCRA mempastikan kerja-kerja perlaksanaan dilakukan oleh Kontrektor terbabit mengikut spekfikasi, sebelum penyerahan dibuat bagi menggelakan sebarang masalah timbul dikemudian hari.
Sementara itu, Saya turut mengingatkan penerima bantuan rumah mesra rakyat agar tidak menyewa atau menjadikannya sebagai kegunaan homestay.
Saya juga berharap Ketua-ketua kampung membuat penelitiaan terlebih dahulu keatas semua permohonan rumah tersebut bagi mempastikan hanya mereka yang layak diberikan sokongan.
Hamidon terharu dan tidak terkata-kata ketika menyatakan rasa syukur yang amat sangat menerima bantuan tersebut.
Sebelum, pemelihan rumah pprt itu dibau, Saya sendiri mengadakan lawatan menemui pemehonan terlibat sambil meninjau keadaan hidup mereka.
Dua lagi, penerima merupakan ibu tunggal rumah pprt itu,menurut FELCRA rumah mereka akan dibina tidak lama lagi.
Turut hadir, Haji Othman bin Ramlan, Ketua Bahagian Khidmat Sokogan FELCRA Negeri Perak dan Haji Abdul Razak bin Ismai, Pengurus FELCRA Gagasan Sungai Marlau/Tebing Tinggi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
YMDS,
Kementerian Luar Bandar selalu tolong masyarakat.
Kenapa YMDS tak minta Kementerian dalam negeri memasang lampu depan rumah YMDS di Tebing Tinggi.
Barangkali wayar eleterik di rumah disitu pun sudah habis disebat orang.
Pencuri ketol getah dan buah kelapa sawit tiap-tiap minggu ada terutama sekali apabila harga getah melebihi $5/kg. dan buah kelapa sawit lebih $600/ ton.
Kalau report dekat polis pun tak guna kerana mereka galakkan kita tangkap/pukul sendiri pencuri tersebut asalkan jangan mati cukuplan.
Mana kita kahu pukul tak mati, Bila geram punya fasal, bagaimana?
Polis mahu tangkap hanya jika ada 100% bukti kerana mereka takut bersoal jawab di mahkamah, barangkali itulah sebabnya.
Inilah sebabnya kami tak report ke polis lagi.
Lagi satu Kementerian Datuk Hamzah Zainuddin. Kementerian ini telah mengumpulkan 92 bilion tahun lepas, tak bolehkah YMDS ilhamkan kepada beliau megemaskinikan jalan merah ke kebun yang hasilnya banyak. Saya berjanji akan mendapatkan hasil lebih drp $92 juta bila kami dapat keluarkan kelapa sawit kami. Di keliling saya semuanya tak dapat keluarkan kelapa sawit. Akhirnya mereka hendak menjual tanah mereka dan memajakkan ke kaum Cina
Kalau semua kita pajakkan tanah kita kepada orang lain macam mana ekuiti Melayu 30% hendak tercapai.
Inilah dilima Melayu. Kaum Cina tak ada delima begini. Patut kita belajar dari mereka.
Kita selalu minta dari Kementerian Luar Bandar tapi kita tak minta ke Kementerian Dalam negeri dan ke Kementerian Datuk Hamzah.
Mereka buat apa dengan duit hasil komoditi dan industri asas tani dan duit tanggkapan polis yang begitu banyak.
Saya mohon YMDS cuba timbulkan ISU INI di Dewan Undangan supaya kita tak asyik meminta bantuan daripada Kementerian Luar Bandar. Saya pun tak tahu daripada mana duit hasil yang mereka dapat. Tapi Kemeterian Industri dan Komoditi asas tani jelas kita tahu dari mana duit/cukai yang mereka pungut.
Saya rasa hasil getah dari tok nenek saya dulu banyak juga telah dipungut kerajaan tapi buat parit pun tak mahu. Kalau kerajaan mendalamkan parit di kampung saya sudah tentu hasil yang dipungut kerajaan akan bertambah.
Perkara ini saya sudah laporkan ke Jabatan parit dan taliair negeri Perak. Kalau YMDS tanya mereka pun sudah tentu mereka katakan surat saya sudah hilang. Dalam surat saya, saya ada menyebutkan nama YMDS untuk membuktikan yang pendapat saya itu benar.
Sudah tentulah mereka tak jawab kerana kita ikan bilis.
Sekian. TK
YMDS.
Saya lihat ketua kampung hanya lihat dalam kertas sahaja apabila hendak meluluskan (tanda tangan)permohonan rumah mesra rakyat.
Ramai Ketua kampung tidak siasat sama ada mereka mahu berpindah atau tidak ke rumah tang hendak dibina.
Perkara ini nampaknya sangat menjadi2 seperti tanah tapak rumah kampung tersusun dan tanah di belakang kubur Tebing Tinggi.
Tanah kampung tersusun ada setengah mereka masih tak bina rumah pun hingga sekarang. Saudara mara kami pun tak buat rumah, tapi anak mereka yang membina rumah untuk bapa mereka di situ. Generasi kedua takkan lah tak ada duit. Hanya $33,000 sahaja.
Tanah kurnia belakang kubur sepatutnya sudah mulai mengeluarkan hasil. Tapi tak nampak pun lori kelapa sawit keluar masuk.
Sepatutnya kerajaan hendaklah menyediakan gambar mereka yang mendapat tanah di masjid2 dimana alamat rumah mereka bsrada.
Kemudian minta orang kampung buat bantahan jika sekiranya pemohon tidak mengikuti kriteria yang ditentukan dalam masa 6 bulan.
Saya minta YMDS agresiflah sedikit seperti di Parlimen dahulu. Jangan biarkan mereka yang tamak bermaharajalela di ADUN Kubu Gajah.
Semuanya mereka mahu tapi tenaga mereka tiada dan anak mereka pula malas untuk membuat sesuatu di tanah mereka.
Sekian untuk makluman YMDS.
YMDS,
Apabila kontrektor F diberi peluang membina rumah kerajaan tentukan yang mereka telah membayar cukai hasil dalam negeri terlebih dahulu.
Di Amerika Syarikat semua permohonan hendaklah disertakan dengan penyata hasil dalam negeri. Kalau tak ada tak bolehlah diberikan tender seterusnya.
Saya melihat KPI wakil rakyat hendaklah juga diukur berdasarkan peratus kenaikan cukai tahunan yang dapat dikumpulkan di kawasan mereka selain daripada pembangunan.
Itulah yang saya harapkan dari pihak YMDS. Sebab itu saya mahu YMDS minta dari kontrektor penyata cukai tahunan sebelum mendapat bantuan kerajaan.
YMDS,
Sekarang orang kita sudah ramai boleh jadi ketua kampung.
Saya syorkan jika ada ketua kampung yang meluluskan sesuatu kepada mereka yang tidak berhak/tidak mengikut syarat seperti yang ditetapkan berhentikanlah ketua kampung tersebut.
Di tempat saya bekerja, ramai yang kena buang jika ada masyarakat yang membuat laporan negatif terhadap mereka.
Saya harap YMDS jangan segan2 untuk menukarkan ketua kampung yang baru, jika ketua kampung yang lama salah pilih mereka yang betul2 memerlukan bantuan mendapat bantuan.
Mungkin ketua kampung yang dipilih tak kenal semua anak2 buahnya di kampung. Saya lihat ketua kampung payung terjun yang jadi begitu. Sebagai contoh semasa mereka bekerja di kerajaan dahulu seorang pun tak kenal mereka di kampung. Mereka hanya dikenali setelah mereka dilantik menjadi ketua kampung.
Sebab itu saya mahu ketua kampung turun padang di tempat yang ia tak kenal anak buahnya.
Maksud saya TURUN PADANG bukan tanya ketua kampung siapa yang miskin. Tapi lihat sendiri siapa yang betul2 yang miskin di tempat yang berhormat.
Kalau turun padang asyik tanya JKKK tak perlulah YMDS datang dari Batu Kurau atau Ipoh.
Lebih baik YMDS lobby YAB MB dan Pengarah IDR di IPOH untuk membangunkan kawasan ADUN Kubu Gajah. Begitu juga jabatan2 yang lain seperti JKM, Pembanguanan luar bandar Negeri yang beribu pejabat di Ipoh.
Kalau YMDS asyik turun padang tanpa bantuan YAB MB dan IDR macam mana nak dapat duit untuk membangun.
Kalau tak ada duit macam mana nak bangunkan ADUN Kubu Gajah.
Sepatutnya biro pemuda perlu menghantarkan memorundum ke MB untuk bertanya kenapa kawasan ADUN Kubu Gajah tidak boleh membangun seperti Bandar Sri Iskandar, Bandar Manjung atau pun Bandar Baru Briah.
Kita ada tanah kerajaan lebih luas daripada di Tronoh dan Sri Iskandar.
Kalau YMDS asyik tanya ketua kampung siapa yang miskin tak payahlah yang berhormat turun padang.
Atau pun yang berhormat tunggu undangan ketua kampung, baharulah YM hendak bergerak tentu kampung yang selalu mengundang YMDS yang selalu dapat lawatan atau pun yang lebih maju.
Kalau YMDS turun padang tanpa undangan sudah tentu saya lihat yang berhormat pergi melawat orang tua di semua kampung, tidak semestinya kampung yang menghantar undangan sahaja.
Itulah maksud saya TURUN PADANG.
Terima kasih.
YMDS,
Saya lihat Encik Haji Abdul Razak Ismail, pengurusi FELCRA ni macam tak dinamik atau kreatif/inovatif kerana landscape FELCRA Sungai Malau dan Tebing Tinggi tidak berubah dari zaman dulu.
Cuba2lah orang lain buat sementara.
Tapi susah juga kalau beliau di pilih secara undian Jawatan Kuasa atau pun yang dipilih badan FELCRA.
Kalau FELCRA yang memilih beliau, saya pohonlah FELCRA memilih mereka yang dinamik.
Maksud saya jika ada orang luar sesekali datang ke FELCRA mereka terkejut perubahan masyarakat FELCRA di situ. Tengoklah rumah mereka di sebelah kanan hendak masuk ke ladang FELCRA. Betul2 tak menarik.
Cuba bandingkan kawasan FELCRA yang ada di selatan Perak.
Saya mohon YMDS berbuat sesuatu ke kawasan ini supaya ia setanding dengan kawasan FELCRA yang sudah maju yang terdapat di tempat2 lain.
Lobbylah di ibu Pejabat FELCRA di Ipoh. Buat baik dengan Datuk Hamzah. Kita mesti bezakan politik dan ekonomi jika kita hendak memajukan FELCRA Sungai Malau/Tebing Tinggi.
YMDS,
Saya syorkan kepada YMDS jika sekiranya kita hendak mengubah landscape FELCRA Sungai Malau/Tebing Tinggi, pengurusi dan jawatankuasanya mestilah membina rumah mereka di situ. Bukan di Taiping, Kubu Gajah dan lain2.
Selagi rumah mereka tidak ada di situ sampai bila pun landscapenya tidak berubah.
Di Selatan Perak saya lihat JKuasanya ada bermastutin di situ.
Kalau kita duduk di situ barulah kita mahu minta bantuan kerajaan untuk pembangunan dan kita sendiri akan menceriakan kawasan kita.
Tapi kalau kita duduk di Taiping tanam bunga hingga ke main road pun kita tak mahu. Saya nampak staff FELCRA tak ada sense of beauty. Tanamlah pokok bunga hingga ke jalan Selama-Bagan Serai, apa salahnya.
Kalau tak buat begitu mereka hanya datang mesyuarat sahajalah kerana tempatnya tidak menyeronokan untuk tinggal lama (tidak ada keceriaan. Kalau Ulu, ululah jugalah akhirnya). Binalah satu homestay FELCRA dan boat cruise di Sungai Ijok/Krian. Mestilah kreatif. Jangan asyik kitip dividen sahaja.
Sekian untuk makluman YMDS.
Post a Comment