9 November 2010
lawat tapak 4X4
Melawat tapak perlumbaan pacuan empat roda 4 X 4 di FELDA, Ijok, selepas majlis di Bagan Bahru, tengaharu tadi.
Perlumbaan dari 13 - 14 November anjuran Pusat Khidmaat ADUN Kubu Gajah bersama beberapa yang lain, dijangka menarik ramai pelumba termasuk dari luar Negara.
Tarikh pendaftaran adalah 13 November di perkarangan Pusat Khidmat ADUN Kubu Gajah dan majlis meraikan para peserta akan diadakan di tempat perkelahan latar Panggung di Kampung Teras, Ijok.
Turut sama dalam melawata tapak itu ialah Ketua Kampung FELDA, Ijok, Haji Shukur Jaman dan Pemimpin Belia 4B.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
YMDS,
Apabila YMDS beri taklimat semasa pertandingan larian 4X4 YMDS cuba selitkan secara tak langsung (bergurau), memberi galakkan supaya mereka dapat balik semasa PRU 13, bukan untuk pertandingan sahaja.
Lagi pun saya lihat mereka ini bukan tak suka UMNO tapi tak berupa
suka pemimpin UMNO.
Ada yang datang dari KL kita takut asyik sembang politik sahaja tapi tak mengundi langsung
Ramai juga masyarakat kita yang hendak balik kampung untuk mengambil bahagian.
Saya mohon YMDS kumpullah seberapa banyak maklumat tentang parti pilihan mereka semasa YMDS melihat pertandingan atau pun semasa makan.
Tanyalah mereka sama ada memilih isu, calon, UMNO. Barisan, PM, MB dll.
Ada masyarakat yang tak suka parti Barisan tapi suka calon UMNO dan akhirnya memilih pembangkang.
Perkara seperti inilah yang harus kita kaji jika ada keramaian. Inilah yang dikatakan tujuan tersirat.
Bagi orang politik perlawanan/pertandingan itu tak berapa penting. Yang penting ialah stretegi politik hasil daripada maklumat yang dapat dikumpulkan semsa larian 4X4 dijalankan.
Sekian. Untuk makluman YMDS.
Tak ada apa yang nak dibanggakan dengan 4x4 ni. Biarlah pihak swasta yang menganjurkannya. Tak payah YMDS yang terlebih. Rata-rata yang masih sayangkan UMNO ni orang kampung saja. Orang bandar tak berapa nak ambil hal sangat pasal perjuangan UMNO. Kalau ini program yang YMDS laksanakan apa orang kampung dapat. Di kalangan peserta 4x4 tu pun entah-entah 10 orang pun tak ada yang jadi pengundi DUN Kubu Gajah.Biarlah program kita mengena sasarannya. Jangan jadi anak kera dihutan disusukan anak sendiri mati kelaparan.
Post a Comment