Template by:
Free Blog Templates

26 November 2010

Felda











Peneroka FELDA harus bersyukur dan berjimat sekalipun harga kelapa sawit dan getah kini tinggi, sebaliknya mereka mesti bersedia menabung bagi menghadapi sebarang kemungkinan jika harga komoditis itu tidak stabil.

Merancang masa depan keluarga itu harus diberikan keutamaan, kata Saya ketika berucap meresmikan Mesyuarat Agung Pengurusan Usaha Peserta peringkat 1, FELDA, Ijok di dewan Orangramai, FELDA, Ijok, Petang tadi.

Peneroka FELDA adalah dikalangan jutaan rakyat Negara yang bertuah kerana terpilih menyertai rancangan tersebut, justeru mereka harus menjadi masyarakat yang produktif dan berdidikasi.

Mereka harus menajauhkan diri dari terpengaruh dan terperangkap dengan pihak-pihak yang sengaja mahu melihat masyarakat FELDA itu berpecah belah melalui kefahaman politik yang berbeza.

Mengenai masaalah tempat kediaman generasi ke dua di FELDA, Ijok, pihak Pentadbiran Tanah Daerah sedang mencari jalan untuk menjadikan satu tapak di tanah rancangan itu bagi projek perumahan.

Saya turut memuji semangat sepakat yang ditunjukan oleh peneroka-peneroka peringkat 1, FELDA, Ijok yang telah berjaya mengumpul dana tabung bagi kegiatan mereka.

Namun, mereka tetap mengharapkan dapat memilikki sebuah bangunan pejabat sendiri di satu tapak yang telah mereka perolehi.

Pada majlis itu juga satu permohinan mendapatkan peruntukan daripada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir, telah disampaikan. surat permohonan itu disampaikan oleh, Sallehuddin Mohamad, selaku Pengerusi pengurusan usaha, peringkat satu.

Ketua Kampung FELDA, Ijok, Haji Shukur Haji Jaman turut menyokong permohinan tersebut bagi mebingkatkan lagi imej mereka.

Turut disampaikan ialah anugerah Bumi Hijau kepada peneroka Jamaluddin Zakaria, 60 tahun yang muncul Johan peringkat Negeri Perak dan Kebangsaan dan peneroka Abdul Rahman bin Alwi,61 tahun yang menjadi Juara di perinkat Daerah Larut, Matang dan Selama serta Naib Juara peringkat Negeri.

Turut hadir ialah Wan Fauri bin Wan Mohamed, wakil Pengurus FELDA, Ijok.

0 comments: