Template by:
Free Blog Templates

1 November 2010

Kira-kira wang




Mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa kira-kira wang negeri di bangunan SUK, Ipoh pagi tadi.

Mesyuarat membincangkan laporan audit Negeri 2008 untuk dibentangkan di sidang Dun yang akan datang.

Turut hadir ketua Audit Perak.

3 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Setelah bersidang DUN akan datang dapat kiranya YMDS ceritakan sedikit apa rancangan yang hendakdilaksanakan di kawasan ADUN Kubu Gajah hasil daripada persidangan tersebut.

Selalunya ahli Parlimen banyak yang berbincang tentang isu nasional tapi tidak isu tempat mereka sendiri. Mungkin juga persidangan ADUN bertumpu kepada pembangunan negeri Perak tapi tak ada langsung isu kawasan ADUN Kubu Gajah.

Kalau tak ada pun isu Kubu Gajah YMDS boleh juga bincangkan isu yang menguntungkan Kubu Gajah secara tak langsung. Misalanya lapangan terbang Briah dan Interchange Matang Pasir yang menguntungkan Kubu Gajah secara tak langsung (mendapat tempiasnya)

Perkara ini sudah lama diperbincangkan tapi saya lihat interchange Matang Pasir belum siap lagi. Saya harap janganlah rancang yang lain kalau rancangan yang lama belum siap lagi.

Ladang Pondok Tanjung saya lihat masih tak sempurna.

Lebuhraya Ipoh-Selama sepatutnya CEO Jamil Jaroudi dan Pengurusi Ebrahim Al Khazem dari Elaf Bank dah terima detail perancangannya.

PPAC dan audit negeri sepatutnya bukan hanya kaji resit perbelanjaan tapi perlu pergi ke Beta utiara Tech Sdn Bhd. di Jalan Asaad Kulim untuk melihat time frame atau time line yang disediakan.

Pengelaman saya pegwai yang tidak mengikutjadual perlu ditukarkan le tempat lain

Saya harap YMDS juga jumpa IDR kerana mereka asyik menyelidik sahaja tapi tidak memantau 'R' mereka,iatu Realisation and Results.

Mungkin pegawai IDR hanya boleh mengerjakan tahap satu perancangan mereka sahaja iaitu tahap IDEAS and INSIGHT sahaja manakala tahap 3 siapakah yang bertanggungjawab daripada 25 staff mereka ke atas tahap 3. Bukan asyik menyelidik sahaja.

Lagi pun K-Perak (ICT) patut PPAC mantau kerana belanjanya 20 juta setahun selama 5 tahun. Manakala tahap yang diperkenalkan bukan pembaharuan (inovasi) tapi macam basic sahaja.

Seperti YMDS maklum CEOnya pernah bekerja sebagai pengarah Innovative Associate. Mengapa beliau tak perkenal perkara baru (innovation) bukan yang sudah lama diperkenalkan diteknologi Park.

Saya mohon supaya YMDS beritahu CEO IDR pergi melawat ke Teknologi Park dekat stadium Bukit Jalil untuk melihat perkembangan ICT.

Saya minta PDDr. Nor Azlan Ghazali dapat membantu beliau tentang kefahaman inovasi. Yang saya faham ialah perkara yang belum lagi dilaksanakan di Malaysia. Itulah yang saya faham tentang INOVASI.

Perlu juga PAC buat laporan pengunaan 3.5 juta yang digunakan IDR sejak 2005.

Saya banyak pengelaman dahulu pengarah projek saya asyik jalan sana sini hingga tiada development tapi projeknya terkenal dengan nama
R&D.

Barankali mereka ni asyik majukan Bdr Mru..ya. Cubalah majukan Selama/Kubu Gajah. Kalau ada pakar kemisikinan atau ahli sosiologi di antara pengarahnya sudah tentu Kubu Gajah dan Selama mendapat perhatian

Mereka kata Engku Aziz dan Senator Hussein Ali yang pandai untuk mengkayakan yang miskin tapi mereka dah jadi kaum elit Melayu pula.

Sekian untuk makluman YMDS

Anonymous said...

YMDS,

Saya mohon YMDS cuba soal tentang rancangan lapangan terbang yang hendak di bina di Briah atau pun di Lumut.

Apa dah jadi dengan rancangan ini kalau kita asyik mengemaskini lapangangan terbang Ipoh menggunakana $60 juta dan menaik taraf ke antarabangsa sebanyak $90 juta tak kanlah lapangan terbang Briah boleh dibina lagi.

Dulu kerajaan Persekutuan juga menrancang membina lapangan terbang di Seberang Perai Selatan tapi oleh kerana desakan orang Tanjong, Bayan Lepas dinaik taraf.

Rasionalnya ialah untuk merancakkan ekonomi di Utara Perak, di Selatan Kedah dan P.Pinang. Tapi lenyap begitu sahaja. Tapi orang tanjung kata tak ada ekonomi di SP Selatan.

Kalau di Briah mungkin matalamat asal tercapai. Tapi banyak sangat politiking.

Sepatutnya lapangan terbang mesti jauh daripada pelabuhan kerana tujuannya untuk mengekspot barangan. Kerajaan tahu MAS untung bukan disebabkan passengers tapi ialah disebabkan kargonya.

Sepatutnya di Lumut tak boleh lagi kita bina lapangan terbang kerana di situ ada pelabuhan, Begitu juga di Pulau Pinang.

Saya tak tahu siapa penasihat PM. Yang saya tahu ada orang ISIS, VC USM dan Prof. Denny Quah Head of Economic Department UL/Harvard. saya pun tak pernah jumpa beliau di Harvard.

Kalau Denny Quah dan D Dr. Kassim (kawan Menteri Kewangan) yang jadi penasihat sudah tentu mereka cadangakan di Ipoh dan di Pulau Pinang kerana di Briah tiada pembangunan, kononya.

Tapi pelabur luar negeri bukan pandang macam mereka. Mereka mahu lapangan terbang dan pelabuhan yang dekat dengan industri mereka dan juga dekat dengan bekalan/resources.


Sekian untuk makluman YMDS.

Anonymous said...

YMDS,

Kalau YMDS berhujah secara solo di dewan undangan negeri sememengnaya pembangunan yang boleh jadi mercu tanda tak akan dibina di tempat kita.

Sepatutnya YMDS juga mesti bermesyuarat dengan ADUN Krian, Selama dan Taiping untuk bangun serentak memperjuangkan pembinaan lapanag terbang di BRIAH di Dewan.

Kalau tidak pembangumnan hanya tertumpu di Lembah Kinta dan Lumut sahaja dan mungkin juga di Bagan Datuk.

Itu sahajalah yang saya harapkan.