Template by:
Free Blog Templates

28 November 2010

Takraw




Regu Selama A muncul Johan Kejohanan Sepak Takraw Piala Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar anjran Pemuda UMNO Cawangan Kubu Gajah, petang tadi.

Regu tersebut mengalahkan Regu Selama B di final dengan keputusan 21-14, 18-21 dan 15-13 dan menerima hadiah wangtunai RM 300 manakala naib johan mendapat hadiah RM 200 dan sebuah tropi.

Saya turut menyampaikan hadiah-hadiah kepada regu Taman Merdeka, Selama selaku pemenang ketiga dan regu Batu Kurau di tempat kempat yang masing-masing menerima hadiah wangtunai RM 100.

Sebanyak 19 regu dari DUN-DUN Kubu Gajah, Selama dan Batu Kurau mengambil bahagian dalam kejohanan kalah mati yang pertama kali dianjurkan itu.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Kita selalu kalah dengan Thailand dalam sepaktakraw.

Kalau boleh YMDS galakkan daripada sekolah rendah lagi.

Di RUSSIA gimnasti, gimrama dan yang berkaitan dilatih daripada peringkat awal lagi.

Seperti tekong berbisa, pukul sahaja pihak lawan tak dapat tahan atau kembalikan lagi hendaklah dilatih daripada peringkat awal. Kemahiran seperti ini hanya dapat dilatih dari kecil lagi. Begitu juga lipat melipat.

Kesimpulannya, galakkan pertandingan di peringkat sekolah rendah lagi.

Terima kasih.