Template by:
Free Blog Templates

8 November 2010

Konvo











Masyarakat jangan anggap tabika KEMAS sebagai kelas kedua.

Masyarakat sebaliknya harus berterima kasih kepada Kerajaan terutamanya KEMAS yang telah mengambil initiatif mengadakan tabika untuk membantu rakyat luar bandar membuat persediaan awal pendidikan anak-anak mereka.

Kelas Pra-sekolah ini penting untuk memudahkan kanak-kanak mendapat pendedahan awal sebelum memulakan alam persekolahan.

Saya berkata demikian ketika berucap di majlis konvokesyen tabika KEMAS peringkat zon Ijok di kampung Meskid,Ijok, pagi tadi.

Saya juga berharap KEMAS akan terus menjadi peneraju utama dalam membantu membimbing dan membangunkan rakyat luar bandar.

Kemas adalah juga mata dan telinga kerajaan dan agensi ini diharap terus berperanan menyampaikan dasar-dasar Kerajaan untuk kebaikan rakyat.

Ketua-ketua kamoung juga diminta bersama-sama KEMAS menjalankan program membantu kesedaran rakyat mengenai usaha dan hasrat Kerajaan membangunkan negara.

Turut hadir pegawai KEMAS daerah Larut Matang dan Selama, Faridah Sailan, Penyelia KEMAS Perlimen Larut, Nordin Abu Hassan dan ketua-ketua kampung.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Saya tertarik dengan hujah YMDS tentang hasrat kerajaan hendak membangunkan negara.

Bersabit dengan perkara tersebut saya mohon UMNO juga membantu untuk memajukan kawasan Melayu yang terpencil tapi utamakanlah yang menguntungkan.

Saya juga mahukan kerajaan Barisan menjana pembangunan yang seimbang supaya dapat membangunkan juga kawasan2 yang dianggap sebagai kawasan ULU atau tempat jin bertendang. Dahulu terdapat sekolah Cina di Sungai Bayor tapi sekarang orang Cina habis berpindah ke Pulau Pinang kerana pembangunan rancak di sana.
Di Sugai Bayor apa2 pun tak ada kecuali rumah UMNO yang agak usang.
Sebagai contoh kerjaan Perak telah mengenal pasti hendak memajukan 13bandar2 kecil. Yang kita takut semuanya bukan di tempat yang di anggap jin bertendang.

Adakah bandar ini terletak di ULU2 atau pun di kawasan yang sudah maju.

Istilah orang British, kawasan yang tak dianggap ULU ialah yang berdekatan dengan jalan keretapi. Bukan Tapah Road. Tapi pembangunan pekan kecil didahulukan di Tapah Road oleh kerajaan negeri Perak.

Setelah merdeka kawasan ulu pula di anggap kawasan yang jauh daripada JALAN utama (main road,jalan lama) utara selatan.

Apa yang kita takutkan kerajaan negeri Perak memilih bandar berdasarkan keperluan 'politik' (permintaan individu) tapi tidak berlandaskan strategik atau 'gateway' seperti Kubu Gajah. (Ia yang boleh jadi 'gateway' Timor Barat, Selatan -Pantai Timor. Lihat Gua Musang berkembang dengan cepat kerana ia menjadi 'gateway' (pintu masuk) ke pantai timor. Begitu juga pintu masuk ke Betong patut diutamakan dari Tapah Road supaya orang Siam dapat belajar Inggeris di sempadan. Kita mahukan ITM diglobalissakan. Bukan di Tapah Road.

Contoh yang lain ialah seperti pejabat perhutanan dan perhilitan. Ia sepatutnya di bina di tepi hutan, bukan di tengah bandar.

Bila saya lihat kayu getah dan kayu lain2 melalui Kubu Gajah tanpa bayar cukai, lori2 tersebut boleh membelok ke mana2 mereka suka. Kerajaan rugi $4 ringgit setiap lori kayu getah kerana pejabat perhutanan terletak bukan di tempat yang strategik.

Kesimpulananya keutamaan pembangunan bandar baru hendaklah dimulakan di bandar2 yang strategik atau pintu masuk yang boleh menjana ekonomi serantau.

Sekian untuk makluman YMDS.