13 November 2010
4X4 di Ijok Meriah
Satu Sejarah dan Meriah, bagaikan berpesta di FELDA, Ijok pagi tadi, ribuan orang ramai tua,muda, lelaki dan perempuan serta kanak-kanak menyaksikan perlumbaan kenderaan lasak 4X4 Jambore 2010 Kubu Gajah.
Sepanjang 40 tahun lebih FELDA Ijok dibuka, itulah pertama kali pertandingan 4X4 diadakan yang disertai oleh pelumba serta tempat termasuk dari Negeri Selatan.
Saya sendiri menghabiskan masa menyasikan pertandingan tersebut selepas melakukan majlis pelepasan perasmian di tapak yang direka khas bagi tujuan tersebut.
Ketika berucap meresmikan perlumbaan tersebut, Saya turut mengumumkan penubuhan Kelab peminat kenderaan lasak 4X4 peringkat DUN Kubu Gajah dan akan menjadikan perlumbaan tersebut acara tahunan bagi mempromosikan lagi DUN Kubu Gajah dikalangan peminat 4x4 terutamanya.
Saya akan mengatur bebrapa lagi program sukan sebagai usaha menarik ramai lagi pelancong luar dan dalam Negeri ke Kubu Gajah dan ia juga sebagai salah satu aktiviti menjadikan DUN Kubu Gajah sebagai Agro-Tourism.
Pusat Khidmat DUN Kubu Gajah selepas ini juga akan menganjurkan perlumbaan Motor-Cross bagi menarik lebih ramai remaja terlibat dengan kegiatan yang berfaedah.
Saya juga berharap trek perlumbaan 4X4 itu kekal diadakan di FELDA, Ijok kerana amat sesuai dengan keadaan semula jadinya.
Menurut, Penasihat Penganjuran, Major Zawawi bin Ahmad, penyertaan peserta seramai 15 orang di perlubaan 4X4 ini dikira berjaya kerana dalam notis yang begitu singkat oleh pihak yang terbabit.
Diantara peserta yang diperkenalkan kepada Saya semasa majlis peresmian tadi ialah dari Selangor, Perak dan Kedah. Stesyen TV3 yang sering mengambil bahagian dalam pertandiangan ini, bagaimanapun, difahamkan menarik diri pada saat-saat akhir kerana sesuatu sebab yang tida dapat dielakan.
Barangkali pada penyertaan tahun depan peserta dari Luar negara terutamanya dari Negara-Negara jiran akanmengambil bahagian.
Pada pertandingan pagia tadi, persaingan kenderaan-kenderaan pacuan 4-roda juga diadakan.
Malam ini, semua peserta akan diraikan di majlis jamuan makan malam di latar Panggung di Kampung Teras dan majlis penyampaian hadiah besok di FELDA, Ijok.
Bagi sesiapa yang terlepas peluang menyaksikan perlumbaan tersebut hari ini, masih lagi berpeluang dan datanglah pagi-pagi besok kerana ia akan tamat pada jam 5 petang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment