29 November 2010
Tanah
Menghadiri mesyuarat jawatankuasa tanah daerah Larut,Matang dan Selama, petang ini.
Saya turut membangkitkan masalah kelewatan hak milik tanah di beberapa tempat dalam Dun Kubu Gajah.
Geran untuk tapak rumah di batu 19, Batu Kurau yang kebetulan dalam Dun Kubu Gajah juga akan disegerakan.
Pegawai daerah, Datuk Mahmud Murshdi bersetuju hak milik yang telah siap bagi kawasan Palong Tinggi, disampaikan bulan depan.
Temuduga tanah untuk Palong Tinggi peringkat dua juga akan diadakan sebelum berakhir bulan depan.
Mesyuarat diadakan di bilik mesyuarat pejabat tanah daerah Taiping.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
YMDS,
Masa dulu ramai orang Alor Pongsu sebagai contoh, menjual tanah mereka dan pindah ke Selama tanpa tanah.
Selepas itu mereka memohon tanah kerajaan.
Maksud saya, turun padang ialah YMDS hendaklah gunakan empat2 mata untuk memantau mereka yang demikian.
Itulah yang saya maksudkan turun padang.
Seelok-eloknya semasa interview beritahu mereka, nama2 mereka yang dapat tanah akan dipamirkan di masjid2 dan di balai2 raya di tempat mereka tinggal untuk penilaian orang ramai.
Jika ada masyarakat yang membuat aduan yang mereka dulu ada tanah atau mempunya tanah atas nama isteri, tapi telah di jual jangan berikan tanah ini kepada mereka. Dan seterusnya jika ada aduan yang lain2 pun batalkanlah permohonan mereka.
Yang susahnya mereka jadi broker tanah. Dapat tanah kerajaan mereka jual. Sebelum mereka dapat tanah, mereka jual tanah mereka dahulu supaya kerajaan tahu yang mereka tidak mempunyai tanah.
Banyak tanah terbiar sebab mereka yang diberikan tanah sudah pun mempunyai tanah atas nama isteri mereka, kakak, adik dll. Cuba YMDS lihat tanah di belakang rumah ayah YMDS sebagai contoh semuanya atas nama adik beradik, yang sebenarnya ia dipunyai oleh seorang pemilik sahaja.
Saya pernah memohon tanah perumahan di Kg. Jambu Taiping dahulu. kebanyakan mereka yang memohon sudah pun mempunyai rumah atau pun speculator.
Akhir2nya mereka jual rumah dan tanah tersebut. Cuba YMDS turun padang tanya mereka secara ramabang sama ada mereka yang bermastutin di situ adalah mereka yang asal2nya mempunyai tanah tersebut.
Jika YMDS turun padang cara tak betul semua harta kurnia kerajaan tidak sampai ke sasarannya.
Terima kasih.
Post a Comment