29 November 2010
Perjumpaan
Satu perjumpaan dengan Ketua-Ketua Peti Undi di DUN Kubu Gajah, telah diadakan bagi membincangkan kepentingan Parti dan menyelesaikan masalah yang berbangkit.
Selaku Ketua UMNO Bahagian Saya telah meminta agar semua peringkat Pemmpin dan Ahli Parti sentiasa mengutamakan perpaduan parti.
Ketua-Ketua Kampung yang dipilih diharap akan terus merancangkan aktiviti yang boleh memperkukuhkan perpaduan, selain merancang program untuk kemajuan kampung.
Kenaikan elaun akana menjadi penggerak untuk mereka bekerja dengan lebih didikasi dan produktif bagi meningkatkan pembangunan di tempat masing-masing.
Saya sendiri akan sentiasa memantau dan mengadakan perjumpaan dari masa ke sema dengan Ketua-Ketua Kampung dan JKKK di DUN Kubu Gajah.
Perjumpaan itu turut dihadiri Ketua-Ketua UMNO Cawangan dan Ketua-ketua Kampung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
YMDS,
Ahli UMNO yang jadi pemerhati semasa pengiraan undi hendaklah cuba melihat kawasan-kawsan mana yang tak sukakan UMNO. Buat kajian bukan hanya tunggu jamuan sahaja.
Saya melihat boss (penghulu) ketua kampung tak selalu turun padang seperti YMDS. Sebab itulah saya rasa JKM dan agensi2 lain tidak merancang sesuatu seperti kehendak wakil rakyat.
Adakah mereka ini tidak pandai merancang peruntukan tahunan?
DO/ADO pun macam tak ambli berat tentang tanah terbiar.
Semua masyarakat asyik cerita problem dan asyik kaji masalah tapi tak ramai antara mereka yang dapat menyelesaikan masalah.
Pengelaman saya masalah tidak dapat diatasi kerana ia ada kaitan dengan agensi2 lain. Ramai orang tak suka jumpa agensi2 lain. Adakah perkara ini ada kaitannya dengan ego masing2. Atau pun kita masih berkata, SUSAHLAH SEDIKIT.
Susah juga turun padang dengan poket kosong. Saya puji PM kita. Beliau turun padang dengan poket berisi. Tak guna kita asyik turun padang dengan poket kosong.
Kalau saya turun padang saya tentukan poket saya berisi. Saya melihat mubaligh Christian turun padang dengan poket berisi. Sebab itu ramai orang Sabah dan Sarawak jadi Christian.
Sekian untuk makluman YMDS.
Post a Comment