3 November 2010
Jalan teras
Pembukaan jalan baru Kampung Mesiid melalui Teras ke Ulu Mengkuang di Ulu Selama dijangka dapat digunakan dalam tempuh terdekat ini, barangkali dalam seminggu dua lagi.
Saya mengambil kesempatan, meninjau jambatan di Kampung Teras yang boleh dikatakan hampir 100 peratus siap dan merupakan penghubung terakhir bagi membolehkan jalan bernilai kira-kira RM 15 juta dapat digunakan.
Kelawatan pembukaan jalan tersebut adalah disebabkan kelewatan janbatan itu disiapkan mengikut jadual.
Siapnya jalan tersebut bukan sahaja membantu mengatassi masalah banjir di sekitar Kampung Mesjid, Ijok dan Teras, tetapi juga membantu meningkatkan lagi hasil proiduk penduduk tempatan seperti kraft tangan.
Saya juga brharap,Kerajaan akan membina gerai-gerai di jalan baru Kampung Mesjid dan Ulu Mengkuang untuk tempat jualan hasil produk penduduk tempatan dan juga tempat rihat.
Saya percaya dua tempat perkelahan, iaitu di Latar Panggung di Kampung Teras dan Latar Tebing Tinggi di Ulu Mengkuang akan menarik lebih ramai pengunjung sebaik jalan baru itu dibuka, terutama di hujung minggu dan musim cuti persekolahan dan umum.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
YMDS,
Saya lihat banyak jalan baru dibina, dirancang dan jalan lama diluruskan (naik taraf) seperti jalan Pondok Tanjung.
Bagaimana rakyat hendak membangunkan tempat tersebut kerana kebanyakkannya tanah kerajaan.
Kalau tanah kerajaan seperti hutan simpan sepatutnya kerajaanlah merancang sesuatu untuk membangunkannya.
Sebagai contoh IDR merencang jalan leburaya Selama-Ipoh dan jalan keretapi Ipoh ke Manjung.
Sepatutunya sejajar dengan pembangunan tersebut kerajaan juga mesti merancang sesuatu apa nak buat di tanah kerajaan.
Sebagai contoh di Lebuhraya Ipoh Selama kita lihat jalan tersebut melintasi jalan lama Taiping-Selama dan seterusya di bina selari dengan jalan lama hingga ke Sungai Krian.
Sepatutnya IDR merancang membina sesuatu antara jalan lama dan lebuhraya yang baru.
Begitu juga antara jalan keretapi dan jalan lebuhraya ke Lumut. Sepatutnya kerajaan menggalakkan pelaburan asing dan SLC meluaskan sayap mereka di kawasan antara lebuhraya dan jalan keretapi Ipoh ke Manjung.
Semalam saya lihat CEO IDR di TV. Bagi saya beliau adalah pakar inovasi kerana pernah bertugas di Inovasi Associate. Tapi semua yang diperkenalkannya perkara yang basi.
Pusat ICT kita sepatutnya mengahasilkan individu yang kreatif mencipta software seperti PAC KEY.
GLC/SLC kita sepatutnya ditambah (crete/inivate) di corridor raya Pondok Tanjung-Selama dan Ipoh-Lumut kerena pelabur luar melihat sama ada pengeluran mereka boleh sampai ke pelabuhan dengan cepat tanpa birokrasi.Saya tanya lori contenna ke Singapura. Mereka hantar ke sana sebab tiada birokrasi dan kapal sentiasa ada walau ke mana sekalipun.
Pegawai IDR mesti pandai bahasa Arab dan Cina untuk menarik pelabur asing ke Lumut dan Pondok Tanjung. Kalau mereka tak pandai bahasa Jerman atau Prancis macam mana nak ajak pelabur asing datang ke Lumut dan Pondok Tanjung.
Dalam bidang sosioekonomi saya minta YMDS beritahu IDR merancag sesuatu dengan tanah terbiar sebelum buat apa2
Bila buat perancangan kita lihat juga cukai yang diperolehi. Saya rasa CEOnya meti major dalam Costing dan marketing bukan perakaunan.
Kalau kita ambil orang perakaunan samalah seperti ISO. Dalam kertas bagus tapi bila pergi kelapangan tandus. Sama seperti Chong Wei dalam kertas nombor satu tapi bila lawan Lin Dan belum tentu atau pun kalah.
Sekian untuk makluman YMDS
Post a Comment