Template by:
Free Blog Templates

9 November 2010

Bersalaman







Memboceng motosikal yang ditunggang Ketua Kampung FELDA, Ijok, Haji Shukur Jamameren walaupun dalam hujan renyai-renyai bagi meninjau keadaan penduduk di situ.

Saya juga sempat bersalaman dengan penduduk sambil bertanya khabar. Alhamdullilah, rata-rata mereka meyambut baik kunjungan Saya itu.

Kata mereka dengan pendekata seumpama itu, mereka lebih selesa berdamping dengan wakil Rakyat.

Cara itu lebih mesra dan tidak perlu berbelanja besar untuk menganjurkan sesuatu program, tetapi sukar mendekati rakyat.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Saya perhatikan trend sekarang AJK baik pun mana2 badan bertindak yang ditubuhkan daripada Putrajaya sampai ke kampung asyik kumpul maklumat sahaja.

Manakala tindakan tak nampak langsung.

Kalau YMDS lihat kerja IDR kita juga asyik kumpul maklumat.

Tapi perancangan yang mereka syorkan banyak yang tidak dimulakan lagi.

Sebagai contoh 13 bandar kecil yang hendak dinaik taraf. yang saya tahu hanya dimulakan dengan Tapah Road.

Di Tebing Tinggi dulu Menteri sukan hendak membesarkan dewan orang ramainya tapi saya lihat saiznya tak berubah.

Bila MB datang kali pertama beliau macam mahu menaik taraf Ijok dan Kubu Gajah.

MB datang kali kedua beliau hendak menaik taraf Ijok dengan Batu Kurau

Belum pun perkara di atas kita bangunkan kita cuba kumpul maklumat lagi untuk tujuan yang lain.

Saya lihat tujauan utama YMDS ialah hendak membasmi kemiskinan.

Kalau YMDS tunggu kerajaan tentulah mereka habiskan masa asyik kumpul maklimat sahaja. Seperti kata mereka di persidangan UMNO yang lalu.

Ramai kumpul maklumat dan berlagak atau berlakun sahaja kata wakil Sabah.

Cuba YMDS jumpa 5 tauke Cina yang besar sekali di ADUN Kubu Gajah. Kalau tak silap saya, mereka ni ada estet tapi keuntungannya asyik digunakan di luar negara.

Apa yang saya cadangkan YMDS galakkan orang tempatan melabur di tempat sendiri.

Walaupun mereka orang Cina tempiasnya tetap akan diperolehi oleh orang Melayu.

Kita ada dua estet chettiar. Cuba yang mulia jumpa mereka supaya melabur di kawasan interchange Selama/Kubu Gajah.

Anak2 chettiar ni tak tahu nak buat apa dengan duit jadi tentulah masih ada yang menghantarkannya ke INDIA.

Apa yang saya pohon MB kita menarik pelaburan luar negara dan wakil rakyat tempatan pula hendaklah bekerja menarik pelabur tempatan.

Diluar negeri kita beri taklimat kepada pelabur asing. Saya mohon YMDS beri taklimat kepada 7 taukhe Estate ini. Mereka ada yang di KL dan Pulau Pinang.

Kumpulkanlah maklumat tentang taukeh2 ini supaya kita berikan galakkan kepda mereka melabur di tempat sendiri.

Bila mereka melabur di Kubu Gajah sudah tentu yang miskin akan mendapat pekerjaan.

Jangan lupa jumpa orang Melayu yang terkaya sekali di Sg Dendang untuk menubuhkan syarikat. Saya lihat mereka tak tahu buat apa2. Asyik beli tanah yang hasilnya 4 tahun barulah diperolehi. Itu pun kalau babi hutan dan kera tiada.

Di Batu Kurau dan Selama lebih ramai orang yang banyak simpanan tanpa diurus. Di Selama misalnya oleh kerana terlalu kaya kedai mereka terbakar pun mereka tak peduli.

Banyak lagi cerita Selama dan Batu Kurau yang saya tahu tapi tak boleh dimuatkan di sini.

Sekian untuk makluman YMDS