Template by:
Free Blog Templates

14 November 2010

Road To Kubu Gajah











Road To Kubu Gajah, itulah tema perlumbaan 4X4 musim yang akan datang dan petang tadi Pengerusi Jawantankuasa Belia dan Sukan Negeri, Datuk Zainol Fadzi, mengesahkan, Kubu Gajah adalah trek kedua di Perak bagi perlumbaan 4X4.

Beliau yang juga Anggota Exco Kerajaan Negeri memuji pertandingan 4X4 yang diadakan di Kubu Gajah dan sambutan yang diluar jangkaan.

Walaupun hujan turun dengan lebat, tetapi orang ramai yang membanjiri FELDA, Ijok sejak perlumbaan itu bermula pagi semalam, tidak berganjak untuk menyaksikan acara yang bersejahrah itu.

Peserta-peserta dari Selangor menyapu bersih perlumbaan tersebut. Mereka ialah Tan Pic Hoo yang muncul juara, diikuti Hong Yew Keang, naib juara dan pemenang ketiga, Vicent Ko.

Setelah berkampung selama dua hari, seramai 42 orang peserta yang mengambil bahagian kembali ke tempat masing-masing. Mereka dan ramai lagi termasuk peserta dari luar Negara dijangka bertemu semula di Kubu Gajah, bulan Mac 2011.

Saya memberitahu dalam ucapan di majlis penutup bahawa, ia akan diadakan dengan lebih meriah lagi dan akan menjadikan perlumbaan 4X4 2010 ini sebagai pengalaman bagi memperbaiki sebarang kelmahan yang ada.

Namun, Penasihat penganjur, Major Zawawi Ahmad menyifatkan 4X4 Kubu Gajah telah berjaya dengan notis yang begitu pendek.

Memandangkan ia mendpat sambutan yang begitu memberangsangkan, 4X4 road to Kubu gajah itu akan diadakan sebagai acara tahunan.

Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Zainul Fadzli manakala perasmiannya Saya sendiri yang melakukannya.

0 comments: