Template by:
Free Blog Templates

30 November 2010

Sumbangan




Hujan turun dengan lebat, tetapi tidak menghalang saya memenuhi jemputan ahli-ahli kelab senamrobik Puspanita Selama, petang semalam.

Dalam kunjungan itu saya memuji kelab tersebut yang terdiri pelbagai kaum.

Kelab Puspanita Selama harus menjadi contoh kerana walaupun berada di pekan kecil, tetapi aktif menjalankan aktiviti.

Kelab senamrobik mereka mendapat sambutan termasuk dari kalangan remaja kaum Cina.

Saya menyampaikan sedikit sumbangan kepada kelab semamrobik Puspanita Selama.

Turut hadir ialah pengerusi kelab senamrobi, Sapina Ramli dan ketua UMNO cawangan Taman Merdeka, Selama, Saufi Shamsuddin.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Maafkan saya jika tersilap tafsir.

Bila saya lihat banyak berita Selama dan Batu Kurau dalam blog yang berhormat saya mentafsir YMDS masih mementingkan pembangunan politik daripada ekonomi.

Jika yang berhormat banyak memberi maklumat tentang kawasan ADUN Kubu Gajah saya mentafsirkan YMDS mengimbangkan perkembangan antara ekonomi dengan politik.

Lagi pun saya lihat YMDS banyak buat kerja seperti YB Ustaz Aziz dahulu seperti menghadiri kenduri, kematian, menaik tarafkan surau dan jalan kampung.

Saya berpendapat kedudukan YMDS lebih strategik dari YB Ustaz.

Di Ipoh misalannya YMDS hendaklah melobi pembangunan kawasan yang tidak maju seperti kawasan ADUN Kubu Gajah dan Selama.

Sebagai contoh, kita tahu ADUN Selama banyak buat kerja kontrek (tak ada masa untuk lain)
tapi jalan ke kampung belakang rumahnya (belakag hospital) dari zaman dahulu kala belum dibaiki sehingga ramai mereka yang miskin di situ sudah berpindah. Ular sawa dan ular tedung pun banyak di situ.

Kawasan ini adalah kampungnya sendiri. Begitu juga Kampung tengah, Tebing Tinggi. Jika YMDS lihat peta satelit Kampung TENGAH tercatat di dalamnya manakala kampung Tebing Tinggi tidak tercatat. Ini bermakna pembangunan lebih maju di Kampung Tengah (tempat lahir YMDS) jika dibandingkan dengan Tebing Tinggi pada zaman British. Yang saya lihat pembangunan di Kampung Tengah, Teging Tinngi hanya ada markas PAS dan pondok macam PPRT sedang dibina sekarang ini. Setelah merdeka Kampung Tebing Tinggi yang dimajukan dan kampung Tengah dibiarkan penghuninya meninggalkan kampung tersebut satu demi satu macam kampung di belakang rumah ADUN Selama juga nampaknya.

Persidangan ADUN Perak sudah dimulakan, boleh tidak kami dengar program yang minyuluruh akan dilaksanakan di ADUN Kubu Gajah dan Selama. Pembinaan jalan raya itu perkara biasa. Semua tempat akan dibina dengan jalanraya. Semua tempat akan dibina dengan jalan raya tapi projek lain perlu juga diakhtiarkan.

Saya rasa pembangunan tidak seimbang berlaku di Negeri Perak. Yang sentiasa di majukan ialah Lembah Kinta dan seterusnya hingga ke Port Weld.

Saya minta ADUN Selama dan ADUN Kubu Gajah dapat mensyorkan perimbangan pembangunan antara ulu dan bandar. Bila lagi YMDS hendak membangunkan kawasan kita?.

Saya lihat ramai wakil rakyat yang membangunkan kampung tumpah darah mereka sendiri kecuali YMDS (Kampung Tengah/Kampung Raja) dan ADUN Selama (Kg. Belakang Hospital dan di belakang rumah YB). Apa nak jadi kita ni jika Lebah Kinta asyik dimajukan. Saya pun nak pindak kesana tapi saya masih bersabar kerana inginkan sesuatu pembangunan di tempat kita.

SEkian dengan harapan YMDS memperjuangkan tempat ULU (tempat UMNO) daripada Lembah Kinta (tempat DAP). Orang DAP pun pentingkan kemiskinan tapi bukan pembangunan di kawasan mereka yang kaya diperkayakan.

Terima kasih.