Template by:
Free Blog Templates

2 November 2010

Peladang











Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Batu Kurau bercadang menubuhkan sebuah Pusat Latihan untuk menarik lebih ramai remaja menceburkan diri dalam bidang pertanian.

Saya menyatakan demikian ketika mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengarah PPK Batu Kurau, pagi tadi.

Bagi merialisasikan pusat tersebut, tapak yang sesuai sedang dikenal pasti.Pusa itu bertujuan memberi latihan kepada remaja terutama di kalangan anak-anak ahli.

Lawatan dan kursus juga dirancang untuk ketua dan ahli unit peladang sebagai usaha menambah kemahiran mereka di bidang pertanian yang lebih berhemah.

Kursus komputer juga akan dianjurkan untuk ketua-ketua unit dalam usaha meningkatkan pengetahuan Maklumat Teknologi (IT).

Di mesyuarat tersebut juga dilantik ahli-ahli Lembaga Pengarah mengetuai beberapa Biro dalam membantu memantapkan lagi program dan perjalanan PPK termasuk penubuhan pengkalan data program dan aktiviti peladang.

2 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Saya mohon YMDS galakkan belia menanam tanaman yang harganya tinggi di pasaran supaya pendapatan mereka melebih sekuriti guard orang Nepal iaitu $1,200.00 sebulan.

Kalau tidak menjana pendapatan yang tinggi mereka akan berhijrah ke bandar dan kampung kita hanya tinggal dengan orang2 tua sahaja.

Yang sebenarnya indek kemajuan sesebuak kampung yang maju ialah jika belianya tidak berhijrah ke bandar dan orang kampungbya balik ke kampung apabila berpencen.

Cuba yang berhormat kira berapa wakil rakyat kita balik kampung setelah berpencen?

Indek kemajuan kampung yang saya pelajari ialah apabila belianya tak berhijrah ke bandar dan orang yang bersara balik ke kampung setelah bersara.

Saya nampak ramai orang Melaka balik kampung apabila berpencen. Saya ingat kampung yang paling teruk sekali ialah kampung Tebing Tinggi. Masa zaman British dahulu dekolah Melayu sudah pun ada dan orang Cina pun ada di situ agak ramai juga. Ia berkurang apabia SI ATOY (Cina) menembak Pak Yahaya dan selepas 13 Mei kerana mereka takut bayang2. Tapi sekarang Kampung Tengah tinggal hanya kenangan. Kampung Raja pun lenggang. Lembah Keluang bertukar corak, Melayu dan Cina habis lari.

Nasib baiklah ada India menggantikannya. Tapi estet Lembah Keluang yang dulunya hingar bingar dengan gendang kuilnya hanya tinggal lebih kurang 10 rumah sahaja. Kemana perginya kaum India tersebut tak tahulah.

Yang bersara tak akan kembali.
Kenapa jadi demikian. Taiping menjamin kehidupan anak2 mereka. Ipoh menjadi tumpuan dan Pulau Pinang memberi pekerjaan kepada cucu mereka.

Sekian untuk makluman YMDS.

Anonymous said...

YMDS,

Kalau YMDS selalu cross the boarder YB ADUN Batu Kurau tak kecil hatikah?

Saya dahulu berhenti kerja kerana ramai kawan2 saya kacau terittory saya kerana mereka lebih suka panggil saya daripada profesional2 yang lain.

Profesional yang lain pandai cakap sahaja tapi tak ada hasil ikut kehendak jadual. Saya siap 9 projek mereka hanya satu hingga 3 sahaja.

Sekian untuk makluman YMDS.