Template by:
Free Blog Templates

24 November 2010

Jambatan-Buka













Akhirnya jambatan yang menghubunggi Jalan baru dari Kampung Teras di Ijok ke Ulu Mengkuang di ulu selama siap.

Dalam tinjauan, walaupun jalan itu belum dibuka secara resminya, tetapi ia telah mula digunakan pada sambytan Hari raya Aidiladha yang baru lalu.

Jalan yang bermula dari Kampung Mesjid, Ijok dan berharga lebuh kurag RM 15 juta akan memberi nafas baru kepada penduduk tempatan terutama pembangunan tanah.

Saya berharap gerai-gerai jualan hasil produk penduduk tempatan akan didirikan di beberapa lokasi tertentu di sepanjang jalan tersebut bagi menggelakan ia menjadi Gajah Puteh.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Saya suka lepak dekat jambatan. Kalau ada restoren makan tepi jambatan tersebut alangkah baiknya.

Tapi ada dulu satu stall dekat jambatan Selama diruntuhkan MPS. Saya suka juga makan disitu kerana laksanya sedap.

Selalunya tanah milik hak perseorangan cepat dimajukan dan terdapat juga penghuninya membina rumah mereka di situ.

Tapi apabila tanah ini dijual kepada mereka yang kaya kita akan dapati mereka yang kaya ini tidak mahu membina rumah di situ. Jadi tempat tersebut akan menjadi sunyi.

Banyak kampung kita menjadi sunyi kerana tanah2 disitu telah dibeli oleh orang yang sama dari luar. Mereka ini duduk di Taiping, Kulim, Bagan Serai dll. Hujung minggu mereka beulang alik dengan 4X4 dari bandar yang berhampiran.

Diharap YMDS nasihatkan orang kampung supaya tidak menjual tanah mereka di situ. Kalau mereka jual kepada orang luar dan kepada orang yang sama mereka akan tinggal seorang diri kelak. Habis tanah dijual kerana peraid. Bila nak pecah bahagian harganya pula sangat tinggi. Saya rasa ada juga wakil rakyat tak mampu memecah bahagian tanah yang telah diambil kuasa kerana bayaranya terlampu tinggi.

Sekian untuk makluman YMDS.