2 November 2010
4X4
Jika semuanya berjalan lancar, buat pertama kalinya, perlumbaan kenderaan lasak 4 X 4 akan berlangsung di DUN Kubu Gajah, bulan ini.
Bersama, penganjur dan Ketua Kampung Teras, telah melawat latar Panggung sebagai salah satu distinasi perlumbaan tersebut, terutama tempat berkumpul peserta.
Lebih 40 peserta termasuk dari Luar Negara dijangka mengambil bahagian dalam pertandingan terebut anjuran Pusat Khidmat ADUN Kubu Gajah sebagai salah satu usaha menarik pelancong datang ke Kubu Gajah.
Perlumbaan yang mendapat restu Kerajaan Negeri itu diharap akan menjadi acara tahunan, selain penganjuran program lain yang boleh menarik orang ramai ke Kubu Gajah dan sekitarnya.
Salah sebuah stesyen TV swasta juga akan turut terlibat dalam perlumbaan 4 x 4 itu termasuk beberapa orang tokoh koprat dan artis.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Orang DUN kubu Gajah boleh jadi penonton sajalah. Tak ada apa faedahnya bagi mereka. Berapa kerat sangatlah penduduk DUN Kubu Gajah yang ada 4x 4 ni. Yang hadir ni pengundikah mereka. Jaga pengundi dulu DS baru kira nak glamor.Biasanya kumpulan 4x4 ni jarang nak datang lebih dari sekali ke tempat yang sama kecualilah kalau ada masyuk untuk mereka. Belanja untuk program ni mungkin menelan belanja puluhan ribu.Alangkah baiknya duit ni dibelanjakan kepada yang memerlukan. Itu pendapat saya sajalah. Program dah diatur tu teruskanlah. Tapi ke depan program macam ni tak payahlah. Ngabih boreh ajo.
tu yang buat komen di atas ...kamu bolehlah diketagori 'katak dibawah tempurung ' tak kemanapun ...sebab tu dok takuk lama lagi ,Saya sokong DS buat pembaruan barulah anak2 muda ada aktiviti ...nih program Kebajikan dah buat, tolong orang dah buat , aktiviti penduduk dah buat , kematian , kenduri ,semua perkara yang harus dihadapi ...untuk golongan mudapun kena buat juga ..tulah pasal 'katak bawah tempurung"
Post a Comment