Template by:
Free Blog Templates

22 November 2010

Lawat



Melawat Azemi bin Yusuf, Ahli Jawatankusa Pemuda UMNO Bahagian Larut yang menerima rawatan di Hospital Daerah Taiping, petang semalam.

Turut di sisi Azemi atau lebih mesra dengan panggilsn Mei Kuan adalah isteri beliau. Hadir sama ialah Haji Amir bin Haji Ali yang juga Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian.

Saya juga turut melawat isteri Haji Amir yang juga sedang menerima rawatan di Hospital yang sama, tetapi berlainan Wad.

Kita doakan semoga Azemi dan isteri Haji Amir segera sembuh dan kembali kerumah.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Saya rasa banyak kerja2 yang YMDS kerjakan masih bertumpu kepada kegiatan yang bertujuan untuk pembangunan politik.

Dapat kiranya YMDS imbangkan juga kerja2 yang berkaitan dengan pembangunan ekonomi.

Sebagai contoh harga getah yang saya jual lebih rendah antara 10 sen ke 15 sen ke peraih tempatan jika dibandingkan dengan harga pasaran.

Kalau YMDS tak percaya cuba tanya taukeh getah yang besar sekali di Menteri Road Selama dan bandingkan dengan yang kami jual di Kubu Gajah. Hanya ada satu peraih sahaja di Kubu Gajah.

Di Selama Kedah yang paling teruk. Sebab itu ramai orang Melayu yang jadi miskin.

Jika YMDS bantu seorang demi seorang sampai bila pun orang Melayu tak kaya.

Kalau YMDS minta tolong RISDA atau FAMA membeli getah sama harganya di pasaran sudah tentu ramai yang menguntungkan.

Dulu ada RISDA meembeli getah tapi harganya lebih murah daripada harga di pasaran.

Saya lihat harga di pasaran di Negeri Sembilan, Kelantan dan Trengganu lebih tinnggi daripada di negeri Perak. Saya buat aduan ke RISDA tapi mereka tak faham pun tentang aduan saya.

Di bawah ini harga getah sehari potong (basah) yang saya jual dibandingkan dengan harga yang sebenarnya.

TARIKH HARGA HARGA
JUALAN PASARAN
4.3.2010 4.47 sebenarnnya 4.59
10,3.2010 4.47 sj 4.59
15.3.2010 4.42 sj 4.54
22.3.2010 4.42 sj 4.48
27.3.2010 4.45 sj 4.52
28.5.2010 3.95 sj 4.06
28.5.2010 3.95 sj 4.06
1.6.2019 3.98 sj 4.08

Bila saya tolong menoreh getah saudara saya di Negeri Sembilan harganya semankin naik jika saya hantarkan ke kedai dibandingkan denagan mereka beli di kebun.

Tapi peraih Kubu Gajah memberi harga yang sama. Tidak kira mereka datang ke rumah saya mahu membeli getah mahu pun jika saya hantarkan kekedai mereka.

Peraih S. Dendang dan Sg. Lompong membeli getah lebih rendah daripada di Kubu Gajah. Di Rantau Panjang harganya lebih tinggi. Tapi yang paling tak guna sekali ialah di Selama Kedah

Perkara sebeginilah yang membuat penoreh getah jadi miskin. Bukannya kerajaan yang mejadikan rakyat miskin. Kita harus membuat sesuatu. Mungkin disebabkan faktor MONOPOLI tapi di NS ramai peraih jadi mereka tak boleh ambil untung yang banyak. Sekejap sahaja peraih Kubu Gajah sudah buat rumah batu. Bayangkan keuntungan 10 % dari saya dan 10% lagi apabila menjaualnya ke Menetri Road Selama bagi tiap2 sekilo. DIA BAWA SATU LORI TIAP-TIAP HARI

Sekian untuk makluman YMDS.