11 November 2010
KEMAS
Ibubapa dan penjaga diingatkan supaya jangan menyerah bulat-bulat anak kecil mereka di mana-mana taman Asuhan, tanpa mereka memantau perjalanan pusat tersebut dengan dekat bagi menggelakan berlaku kejadian tidak diinggini seperti pencolekan.
Sesibuk mana sekalipun, ada baiknya mereka sendiri yang menghantar dan mengambil sendiri anak-anak mereka.
Ibubapa dan penjaga juga harus mempastikan mereka hanya menghantar anak-anak mereka di pusat taman asuhan yang berdaftar bagi menggelakan timbulsebarang kesulitan di kemudian hari.
Saya berkata demikian ketika meresmikan majlis mini Konvo kanak-kanak Tabika Kemas ADUN Selama di Dewan Serbaguna Tebing Tinggi, Tengahari tadi.
Saya juga kesal kerana masih wujud sindikey yang mendallanggi setengah pihak untuk meminta sedekah.
Pihak yang berkenaan harus bertindak kerana perbuatan meminta sedekah itu telah menjatuhkan nama baik dan imej Negara.
Saya turut menyampaikan sijil kepada kanak-kanak Tabika Kemas itu dan berharap pra sekolah akan menjadi penyntik semangat bagi mereka membuat persediaan awal untuk ke sekolah sebenarnya.
Turut hadir Pegawai KEMAS Daerah Larut, Matang dan Selama, Faridah Sailan dan Penyelia KEMAS Parlimen Larut, Nordin Abu Hassan serta Ketua Kampung Tebing Tinggi, Nor Azemi Sabran.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment