Template by:
Free Blog Templates

23 November 2010

Titi gantung







Hujan lebat yang turun petang tadi tidak menghalang Saya menijau pembinaan projek Titi Gantung di Kampung Bagan Bahru, Ijok.

Titi sepanjang 105 kaki dan lebar lima kaki. bernilai RM 15,000 itu bagi menggantikan titi gantung yang dah uzur dan Kontrektor yang dipertangugngjawabkan membinanya memulakan projek itu hari ini.

Titi gantung itu bagi kemudahan kira-kira 30 buah keluaraga yang memilikki dusun buah-buahan dan sedikit tanaman getah di kawasan seluas 150 ekar.

Projek itu, pasti melegakan penduduk yang terlibat dan diharap hasil pengeluaran mereka akan meningkat.

Projek itu dijadulakan siap pertengahan bulan Disember depan dan Saya berharap ia dilaksanakan mengikut spefikasi. Turut hadir dalam tinjauan projek itu ialah Ketua Kampung Sungai Segar, Haji Zulkifli Ahmad dan Kontrektor terlibat.

2 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Titi gantung Tamparuli di Sabah menjadi minat pelancong.

Boleh tidak jambatan gantung Bagan Baru ini dijdikan tempat minat pelancong.

NCER koridor Utara memberi lonjakan pembangunan dalam bidang pelancongan, ternakan,sumber manusia (human resource) dll.

Sepatutnyalah kawasan ADUN Kubu Gajah melihat kepada pembangunan yang berkaitan dengan matlamat NCER koridor Utara terlebih dahulu.

Jangan rancang perkara baru kalau rancangan lama belum lagi dimulakan atau siap. Terlalu banyak perancangan tapi projek yang sudah lama dirancang pun belum dimulakan lagi.

Saya cadangkan YMDS juga memikirkan pembangunan yang mendapatkan hasil pulangan balik yang lebih tinggi kepada kerajaan.

Sepatutnya itulah matlamt turun padang selain melihat bantuan diberikan tepat2 kepada sasaran.

Kalau YMDS lihat di kawasan tempat saya menanam nenas satu lot tanah pun tidak dapat kita lihat yang tidak mengeluarkan hasil. Semuanya mengeluarkan hasil.

Ini bermakna 292 bilion cukai yang dikumpulkan (tahun lepas sahaja) oleh Timbalan Mentri, Datuk Hamzah Zainuddin juga disumbangkan oleh kami yang menoreh getah dan menanam kelapa sawit.

Jika durian yang saya jual, tak dapat pun cukai ekspotnya kepada kerajaan. Jadi saya berhenti menjual durian. Kerana kerajaan tak dapat apa2 pun.

Kesimpulanya, saya memohon YMDS juga dapat membantu petani yang membantu kerajaan mengumpul cukai untuk pembangunan disamping membantu mereka yang tidak dapat membantu kerajaan menambah cukai kerajaan.

Bantuan perlulah seimbang. Jangan lebihkan untuk sosial dan meninggalkan kami yang bertungkus lumus menoreh getah dan menanam kelapa sawit.

Kalau kerajaan asik membantu pemangunan sosial dan politik saya nak mogoklah. Tak mahu lagi menanam nenas dan menoreh getah. Saya takut orang bijak pandai pun mengikut jejak saya dengan meninggalkan tanah di kampung dan pergi berhijrah ke bandar. Akhirnya bandar menghasilkan trafik jam dan kampung menjadi tempat jin bertendang.

Saya pun hairan kenapa KL asyik buat jalan raya. Kalau mereka tak tambah jalan sudah tentu ramai yang balik kampung seperti di Bangkok. Mereka balik kampung menanam mempelam, longan dll.

Selagi kita majukan Ipoh dan Kl selagi itulah kampung akan menjadi tempat jin bertendang dan tanah terbiar akan menjadi2.

Ini hanya pandangan saya. Kalau YMDS tak percaya tanya kenapa mereka tak balik kampung setelah berpencen. YMDS juga perlu bertanya (Buat penyelidikan) kenapa anak muda tinggalkan kampung dan yang pencen tak akan balik ke kampung.

Sekian. Terima kasih.

Anonymous said...

YMDS,

Tadi saya melihat orang Bukit Merah macam bergadoh fasal ternakan kelesa dengan penanam padi.

Cuba YMDS baca blog AJK UMNO Kubu Gajah tentang ikan kelesa.

Yang sebenarnya tempat ikan kelesa bukan di Bukit Merah tapi di Sungai Krian antara belakang Changkat Lobak dengan belakang Sungai Lembah Keluang.

Apabila ikan kelesa bertelur ibu2 ikan ini naik ke sungai Ijok hingga ke Jalan Taiping.

Sesudah air tengkujuh surat anak2 ikan kelesa ini boleh kelihatan di kubang2 seperti di kubang Allah Yarhammu Ustaz Yahaya (bapa saudara YMDS) di Tanah Tanjung, Tebing Tinggi.

Tapi setelah air sungai Ijok mulai keroh ikan2 ini tak nampak lagi mudek ke sungai Ijok kerana ikan2 ini mahukan air jernih.

Orang yang mula2 ada motosikal dan rumah batu di kawasan ini ialah mereka yang mula2 menjual ikan kelesa dengan harga yang agak mahal pada masa itu.

Pada awal tahun 60an ramai penangkap ikan di belakang tengkolok jatuh dapat menangkap ikan kelesa dengan senang. Ini termasuklah Pak Awang bapa saudara ketua kampung Kubu Gajah.

Kesimpulannya, rumah kelisa yang sebenarnaya ialah di kawasan sungai Krian dan Sg Ijok. Ia bukannya di Bukit Merah. Bukit Merah sebenarnya hak mereka yang menanam padi. Manakala pembela ikan kelesa sepatutnya berada di kawasan sungai Krian antara Briah hingga ke Sg. Jambu (hingga ke jalan Bg. Serai-Selama) dan di sepanjang2 Sungai Ijok hingga ke jalan Taiping.

Bapa saya dulu pun tangkap ikan kelesa tapi harganya pada masa itu serupa dengan harga ikan sebarau sahaja.

Lagi satu kesimpulan, saya lihat projek perikanan kerajaan tidak dimajukan mengikut hasil kajian/penyelidikan.

Begitu juga tempat pelancongan. Orang luar negeri suka Hutan Blum dan Paya Gula tempat burung berpindah randah. Mereka paling tak suka IPOH dan Kuala Kangsar.

Tempat pelancongan Bukit Maxwell dan Pulau Pangkor adalah tempat yang disukai pelancong dalam negeri.

Tapi Bukit Maxwell dan Kawasan Gula tempat burung dunia berkumpul tidak disenaraikan dalam projek pelancongan negeri Perak. Pelancong dalam negeri paling tak suka sekali ialah Sg Klah dan Trolak.

Siapakah penyelidik yang menentukan tempat pelancongan bagi negeri Perak yang perlu dimajukan ini?. Barangkali mereka asyik melancong ke Ipoh dan Kuala Kangsar sahaja kut. Sepatutnya mereka tanya orang luar negeri tempat2 yang mereka suka seperti Pulau Orang Hutan Bukit Merah. Tempat inilah yang harus dimajukan terlebih dahulu tetapi bukan Ipoh atau Kuala Kangsar.

Perkara beginilah yang saya mahu YMDS bangkitkan di mesyuarat undangan negeri.

Saya tak tahu bila masyuarat ADUN negeri bersidang. Sepatutnya kita jangan pentingkan tempat sendiri seperti Ipoh. Yang penting sekali tempat2 pelancong luar negeri hendak melancong. Dan seterusnya tempat pelancong yang disukai oleh pelancong dalam negeri.

Lagi satu projek gajah putih yang akan kita laksanakan jika pelancong luar dan dalam negeri tak datang.