14 November 2010
Konvo KEMAS
JKKK telah diminta mengurus sendiri semua projek yang disediakan oleh Kerajaan bagi menggelakan berlaku penjagaan projek yang tidak diurus dengan baik serta kejadian pencerobohan dan kerosakan.
Dewan Orang ramai seharusnya diserahkan kepada JKKK untuk menguruskannya dan bukan mana-mana pihak, kecuali jika JKKK berkenaan yang sendiri membuat pilihan.
Saya berkata demikiana ketika berucap di majlis peresmian mini Konvo KEMAS di Dewan Serbaguna Taman Kota Wira, pagi tadi yang turut dihadiri Pegawai KEMAS Daerah Larut, Matang dan Selama, Faridah Sailah.
Mengenai program KEMAS, Masyarakat di Malaysia bernasib baik kerana adalah agensi yang berperanan menerangkan dasar Kerajaan dan bersedia memberi bimbingan kepada mereka dalam meningkat gaya hidup.
Sementara itu, sebuah Tabika KEMAS akan dibuka di Taman Kota Wira mulai tahun depan bagi memberi peluang kepada lebih ramai Ibubapa menghantar anak-anak mereka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment