Template by:
Free Blog Templates

12 November 2010

Tindakan







Saya amat bebesar hati dan mengalu-alukan tindaka Kerajaan Negeri Perak yang telah menyenaraikan pekan Kubu Gajah diantara 14 pekan-pekan kecil di Negeri ini yang akan dinaikkan tarafnya.

Sebelum ini, cuma pekan Ijok yang juga dalam DUN Kubu Gajah dipilih untuk tujuan tersebut bersama-sama pekan Batu kurau dan Terong.

Dengan tindakan Kerajaan itu ia akan membantu menjana pertumbuhan ekonomi di DUN Kubu Gajah termasuk pembukaan tanah.

Saya berkata demikian ketika mempengerusikan Mesyuarat pertama Tindakan DUN Kubu Gajah di Pejabat Penghulu Mukim Ijok di Kampung Mesjid, pagi tadi.

Dalam mesyuarat tersebut Saya menerangkan tujuan mesyarat itu diadakan adalah untuk menyelaras program pembangunan DUN Kubu Gajah selain mendapatkan maklum balas yang akan dibawa ke mesyuarat Tindakan Daerah Larut, Matang dan Selama untuk tindakan selanjutnya.

Dengan adanya mesyuarat tersebut juga akan menggerakan lagi jentera pembangunan di peringkat akar umbi terutamanya JKKK.

Ini bermakna Ketua-Ketua Kampung kena bekerja lebih keras dan pro aktif bagi membantu mendapatkan maklumat terkini masalah yang wujud dalam kampung mereka terutmanya. Justeru setiap JKKK perlu mempunyai data base.

Mereka akan dibekalkan komputer untuk membantu menyediakan program dan makumat serta data mengenai kampung mereka.

Di mesyuarat tersebut juga keputusan diambil untuk menubuh unit membantu kawalan keselamatan kampung DUN Kubu Gajah. Ia bagaimanapun, akan dirujuk kepada pihak Polis terlebih dahulu seblm dilaksanakan.

Di mesyuarat itu juga, keputusan diambil untuk mencadangkan agar pondok Polis Kampung Mesjid yang terletakan di lokasi agak bahaya kerna berhampiran dengan jalanraya, dipindahkan sementara ke Bagan Bahru di mana terdapat sebuah rumah Penghulu yang tidak digunakan.

Penolong Pegawiai Daerah Kecil Selama, Suhaimi dan Ketua-ketua Jabatan termasuk dari Polis, FELCRA,KEMAS, FELDA Ijok serta Penghulu turut hadir.

Ketua-ketua Kampung, Pengetua dan Gurubesar Sekolah serta Ketua-ketua UMNO Cawangan turut hadir.

0 comments: