Template by:
Free Blog Templates

11 November 2010

Sekolah












Bangunan Sekolah Kebangsaan Jelai, Batu Kurau yang terbakar pada bulan Ramadan yang baru lalu perlu diganti. Itu adalah luahan Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) kepada Saya ketika meresmikan Hari Anugerah pagi tadi.

Mereka meluahkan rasa kecewa kerana dimaklumkan bahawa hanya RM 350,000 diluluskan untuk kerja baik pulih, sedangkan mereka mahu dua blok bangunan baru.

Sekolah kebangsaan jelai terbakar pada 25 Ogos yang lalu mengakibatkan guru dan pelajar terpaksa bersempit kerana berkongsi ruang bangunan yang boleh digunakan, itupun sudah agak lama.

Justeru, mereka merayu kepada Saya selaku Ketua UMNO Bahagian Larut dan ADUN Kubu Gaja membawa perkara tersebut ke pengetahuan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran untuk diambil tindakan segera.

Saya sememangnya menyokong permohonan mendapatkan bangunan baru itu, bahkan telah membangkitkannya dalam mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah Larut, Matang dan Selama baru-baru ini.

Sebelum kejadian terbakar Sekolah kebangsaan Jelai mempunyai lapan buah bilik dengan 27 orang dan 278 orang murid serta kakitangan seramai sembilan kakitangan.

Turut hadir Guru Besar Sekolah, Hajjah Roohaya binti Haji Osman dan Yang Dipertua PIBG, Mohd Isa Taha.

Dalam majlis peresmian Hari Anugerah Sekolah Kebangsaan Bagan Bahru pula, masalah mendapatkan bangunan baru juga turut dibangkitkan kerana berlaku kesesakan.

Dalam ucapan, Saya menyeru agar PIBG tidak hanya dijadikan sebagai melepaskan batuk ditangga, sebaliknya menjadi kewajipan Ibubapa untuk menjadikan PIBG sebagai tempat untuk mereka berbincang dan menyuarakan pendapat menegnai masalah anak-anak mereka.

Sia-sia Kementerian Pelajaran menubuhkan PIBG sekiranya Ibubapa taidak dapat berganding bahu dalam menanggani masalah anak-anak dan pelajar mereka.

Turut hadir Gurubesar, Osman Yahya dan Pengerusi PIBG Sekolah Kebangsaan Bagan Bahru, Pak Su Arop.

0 comments: