Template by:
Free Blog Templates

15 November 2010

Pekan hari









Saya gembira melihat sambutan orang ramai keatas Pekan hari di Kampung Mesjid, Ijok. Dalam tinjauan saya dapati ramai penduduk yang berbelanja di gerai-gerai yang dibuka.

Jika sebelum ini, pekan hari di situ cuma pada setiap hari Jumaat, tetapi sekarang telah ditambah pada petang Rabu hingga ke malam.

Ternyata, dengan adanya pekan hari itu, akan membuka peluang kepada penduduk tempatan menambahkan mata pencarian mereka.

Saya juga berharap pihak Majlis Daerah Selama dapat mewujudkan satu tapak kekal serta mendirikan beberapa buah lagi gerai minuman di Pekan Kubu Gajah.

Saya sendiri telah menyediakan beberapa buah kios jualan untuk penjaja tempatan di Pekan Ijok, Kubu Gajah dan Tebing Tinggi peringkat awal ini.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Saya melihat pekan Rabu Alor Setar zaman dulu di mana yang menjual barangan di situ tidak ada langsung orang tengah.

Begitu juga di Kota Bahru, K. Trengganu dan Kuala Lipis semasa saya masih kecil lagi sudah sampai ke situ.

Tapi sekarang tempat2 ini, peniaganya bukanlah menjual hasil tanaman mereka sendiri tetapi membelinya daripada orang lain dan menjualnya di pasar hari/tani.

Inilah yang saya maksudkan orang tengah.

Boleh tidak YMDS syorkan peniaga yang menjual hasil tanamannya sendiri tidak payah membayar cukai tapak.

Tetapi peniaga orang tengah (YANG TIDAK MENJUAL HASILNYA SENDIRI)hendaklah dilipat gandakan bayaran tapaknya terutama sekali tempat di mana AJK Majlis Perbandaran ramai ahli UMNO.

Kalau begini kita memberi galakkan sudah tentu ada orang kita yang pergi ke pasar menjual hanya satu perkara sahaja seperti kulat/cendawan sisir mendapat untung dan pembeli pula dapat membeli dengan harga yang lebih murah.

Ibaratkan seorang penangkap ikan menangkap ikannya dengan sendiri jika dibandingkan dengan peraih yang membeli ikan dan menjualkannya balik kekita yang bodoh ini.

Walaupun ramai kita pass tinggi2 tapi saya rasa macam masih tertipu dan tidak membantu penjual yang miskin seperti yang hanya menjual pucuk paku, daun pisang, daun ubi, ulam raja2 dll.

Saya rasa tak guna kita belajar tinggi2 kalau asyik kena tipu dan tidak membantu penjual yang miskin.

Ini hanya pandangan saya yang mungkin mendapat tentangan kaum kapitalist.

Terima kasih.