Template by:
Free Blog Templates

4 November 2010

Lawat orang sakit








Melawat warga emas, Sitam Binti Pandak, 60 tahun di peringkat 6, Felda, Ijok.

Beliau yang tinggal bersama suami juatuh sakit sebulan lalu kerana stroke.

Saya juga melawat Rokiah Binti Said, 73 tahun yang berkerusi roda di peringkat 3, beliau yang juga warga emas tinggal bersama cucunya.

Saya kemudian melawat, Yusli B. Mohd Zaman, 37 tahun, di peringkat 4. Beliau mengalami sakit kronik dan mempunyai tiga orang anak.

Beliau yang tidak mampu bekerja mengucapkan terima kasih kerana selepas lawatan saya tempoh hari, kini telah menerima bantuan bulanan RM 300 daripada jabatan kebajikan masyarakat.

Turut sama dalam lawatan tersebut ialah Ketua kampung Felda Ijok, Haji Shukor Jaman dan Naib Ketua Puteri UMNO bahagian Larut, Juraidah Bt. Ismail.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Pak Lang Hussein Sg Dendang, Jalan Taiping boleh mengurut orang lumpuh kena stroke. Tapi mestilah pergi berurut sekurang2nya 3 kali barulai ia boleh berjalan.

Nampaknya ramai yang boleh berjalan. Semua taukeh kedai kopi Kubu Gajah tahu di mana rumahnya.

Saya mohon YMDS hendaklah juga menyimpan data base 'doktor' perubatan tardisional di Kawasan ADUN Kubu Gajah.

Ramai benar orang kita asyik cari duit dan berpolitik tapi tak menjaga kesihatan mereka.

Saya lihat ahli politik yang banyak sakit dalam senarai YMDS. Saya takut yang paling ramai sekali ialah dikalangan ahli UMNO. Di kalangan PAS tak ada pula tak ada yang saya lihat. Apa sebab jadi demikian.

Pengelaman saya kalau sentiasa duduk kedai kopi dan sembang politk tentulah kita senang diserang penyalit. Yang susah diserang penyakit ialah mereka yang berkebun. Yang baik sekali ialah buat kerja menebas kerana semua otot badan bergerak. Saya galakkan orang UMNO kita, selalulah berkebun untuk mengeluarkan peluh.

Apa yang perlu disiapkan biro UMNO yang berkenaan ialah menyiapkan senarai nama pakar perubatan tradisional dengan bayarannya sekali mengikut ranking (pangkat). Yang murah sekali di nombor di atas dan yang mahal sekali nombor penghabisan.

Itu sahajalah yang saya syorkan kepada YMDS supaya YMDS bertindak dengan biro kesihatan dan kemasyarakatan UMNO Bahagian