Template by:
Free Blog Templates

8 March 2010

Sukan dekati remaja











Ternyata sukan boleh dijadikan platform, mendekati remaja dan ini terbukti dengan sambutan yang cukup meriah dalam pertandingan futsal dan bola jaring DUN Kubu Gajah.


Menyertai sukan juga boleh mendisplinkan mereka, disamping mencungkil bakat-bakat baru yang banyak di luar bandar.


Program sukan juga boleh menyekat remaja daripada terjebak dengan aktiviti yang tidak bermoral dan merugikan.


Dalam pertandingan yang julung-julung kali dianjurkan itu, pasukan Felda, Ijok muncul johan futsal lelaki terbuka dan bola jaring wanita. Mereka menerima hadiah wang tunai masing-masing RM 1,000 (Seribu) dan RM 500 (lima ratus).


Pasukan Pantai Besar muncuk Naib Juara futsal setelah tewas dengan sepakan penalti, selepas mereka terikat seri dengan lawan dalam perlawanan akhir.


Sebanyak 48 buah pasukan termasuk dari Kedah dan Pulau Pinang mengambil bahagian. Begitu juga dengan bola jaring, ada pasukan yang datang sejauh Kedah.


Memandangkan sambutan yang cukup menggalakan itu Saya akan terus mengadakan program tersebut sekerap yang boleh, selain pertandingan sukan lain seperti sepak takraw.


Riuh rendah antara penyokong dan penonton di tepi padang mewarnai perlawanan akhir futsal DUN Kubu Gajah di gelanggang futsal Tebing Tinggi.


Saya yang turut menyaksikan perlawanan tersebut tidak kering gusi dibuatnya melihatkan gelagat para penyokong pasukan yang mengambil bahagian.


Empat gelanggang terlibat dengan perlawanan tersebut iaitu di Kubu Gajah, Tebing Tinggi, Felda Ijok dan Pantai Besar.


Sempena dengan pertandingan tersebut, Saya bersama dengan Jawatankuasa Bahagian telah berkelah makan tengahari di rumah Ketua Kampung Felda, Ijok Hari Shukur Haji Jaman. Turut hadir ialah Ketua Pemuda Bahagian, Annuar Ariffin dan Ahli Jawatankuasa Pemuda dan Puteri.

2 comments:

dakwan said...

Tahniah...

Semoga program untuk rakan belia akan lebih banyak dan bermanfaat pada masa akan datang.

dato' dah tak terlibat dgn FAM lagi ke? Hehehe...pasal mcm dah tak nampak kolum sukan yang dato' selalu tulis tu..

DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN said...

saya masih lagi menulis dalam kolum pro & kontra setiap hari isnin. masih lagi ahli majlis fam dan exco. terima kasih atas sokongan.