Template by:
Free Blog Templates

3 March 2010

Pertahankan Tanah RTBK untuk Generasi ke 2





Isu Tanah bagi generasi kedua di Rancangan Tanah Belia Khas (RTBK) Pondok Tanjung dalam DUN Kubu Gajah harus diberikan keutamaan dan perhatian yang serious.

Dalam satu majlis yang diadakan di RTBK, Ketua Kampung, Ismail Hashim telah membangkitkan masalah tanah seluas lebih 100 ekar yang dipohon untuk anak-anak peserta di situ.

Mereka berharap permohonan mereka itu diberikan keutamaan dan bimbang ia diluluskan kepada Koperasi dari kawasan luar.

Saya sendiri telah maklumkan perkara itu kepada Setiausaha Politik Menteri Besar Perak, Ismail Suffian untuk tindakan.

Saya juga akan minta jasa baik Jawatankuasa Tanah Daerah Kerian yang diketuai oleh Pegawai Daerah, mengenai hal tersebut. RTBK berada di bawah pentabiran Tanah di Parit Buntar.

Masalah lain yang membabitkan isu status tapak kediaman di RTBK juga akan di bangkitkan kepada pihak berkenaan untuk diselesaikan.

Pada majlis pertandingan kebersihan yang diadakan di Dewan RTBK, Saya turut menyampaikan hadiah-hadiah kepada pemenang. Ia adalah yang julung kali dianjurkan oleh JKKK di situ.

Dalam ucapan, Saya menyeru pentingnya Perpaduan terus dikekalkan bagi faedah peseta di RTBK itu sendiri.

Ismail dalam ucapan beliau juga melahirkan rasa kebimbangan Sekolah Kebangsaan di RTBK yang akan mengalami masalah kekurangan murid.

2 comments:

ahmad anak perantau belia said...

dato seri,pertandingan ini dah pernah diadakan sebelum ini..bkn julung kai diadakan,ini yg ketiga kalau tk silap saya..pertandingan ini prnh diadakan semasa kepimpinan bekas ketua2 kampung yang lalu...tq

Joe Anak Jati Belia said...

Dato' seri,tanah utk generasi ke2 telah lama dipohon oleh bekas2 ketua kampung yg lalu tetapi tiada tindakan dr pihak atasan...bekas ketua kampung pernah ke pejabat tanah mengusulkan perkara tersebut...terima kasih diatas keprihatinan dato seri atas perkara ini..jasa tersebut amat dihargai..tq