Template by:
Free Blog Templates

22 March 2010

Ketegasan Speaker DUN Amat Dinantikan

Ketegasan Speaker DUN Perak, R.Ganeson terhadap mana-mana ahli yang telah melanggar peraturan dan perintah tetap serta mencemar dan menghina Institusi Raja-Raja amatlah dialu-alukan.

ADUN-ADUN Barisan Nasional (BN) sepakat dalam satu perjumpaan mendesak agar Speaker bertindak tegas termasuk menggantung mana-mana ahli yang terbukti bersalah.

Speaker berkuasa menghadapkan mana-mana ahli ke Jawatankuasa khas yang ditubuhkan oleh DUN mengikut pertimbangannya dalam apa jua sikap yang mencemar nama baik badan tertinggi penggubal Undang-Undang dan Dasar peringkat Negeri itu.

Bekas Speaker, V. Sivakumar nampaknya jelas berulangkali menimbulkan masalah dan bertentangan dengan kehendak dan peraturan DUN.

Tindakan beliau itu bukan sahaja mencabar kewibawaan Speaker, tetapi nama baik DUN dan Institusi Raja-Raja.

Selagi tindakan tegas tidak diambil, selagi itulah Speaker dan DUN tidak akan dihormati oleh Ahli-Ahlinya.

2 comments:

Pemudasp said...

Sivakumar tuh dah tak boleh buat apa dah... Nampaknya kena masukkan dalam Tg Rambutan juga..

DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN said...

Biarlah rakyat melihat dan menentukan semua ini dalam pru yang akan datang, siapa yang benar-benar boleh membela nasib rakyat.