Template by:
Free Blog Templates

9 March 2010

Kecewa, warga Emas tidak dapat bantuan







Walaupun melempar senyuman, menyambut ketibaan Saya dan rakan-rakan, tetapi di hati kecilnya ternyata beliau adalah seorang yang berada dalam kesempitan untuk menyara anak-anak yang masih kecil.


Ruiza binti Abdul Wahab, 43 tahun yang menumpang di sebuah rumah serba serdahana di Kampung Raja Bersiong, Redang Panjang telah mempelawa Saya untuk melihat sendiri keadaan beliau dan keluarga.


Beliau amat memerlukan sebuah rumah yang lebih selesa. Katanya beliau telah memohon daripada Baitulmal Perak, tetapi tidak apa-apa jawapan.


Saya amat simpati dengan keadaan hidup Ruiza yang bekerja kais pagi makan pagi kais petang makan petang dan Saya akan bawa permohonan beliau ke pengetahuan pihak Baitulmal dan juga Agensi Kerajaan yang seperti Risda dan Felcra yang sememangnya mempunyai program bantuan rumah mesra rakyat.


Di Kampung Raja Bersiong, Saya juga melawat seorang Warga Emas, Wan Chah binti Abdullah, 79 tahun yang tinggal sendirian di rumahnya. Beliau adalah seorang yang amat aktif dalam kegiatan kemasyarakatan.


Saya juga melawat tiga lagi warga emas di Kampung yang sama iaitu Siti Jarmiah binti Mohd Hassan, 76 tahun, Zaidah binti Mohamad, 66 tahun dan Fatimah binti Ahmad, 64 tahun yang uzur dan memerlukan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.


Lawatan tersebut adalah untuk mengetahui dan melihat dengan sendiri keadaan warga emas, sambil menyampai sedikit sumbangan kepada mereka.


Saya bersimpati dengan keadaan mereka, sebab itu Saya telah mencadangkan agar mereka ini diberi keistemewaan untuk mendapat bantuan terus bagi membiyai kos perubatan.


Mereka ini tidak perlu ke Pejabat Kebajikan untuk mengisi borang permohonan, tetapi sekadar dimaklumkan oleh Ketua Kampung kepada Pejabat Kebajikan mengenai nasib mereka ini.


Ada Ketua Kampung yang merasa kecewa kerana permohonan anak buah di kampung mereka langsung tidak diberikan perhatian untuk mendapatkan bantuan.


Ketika terserempak dengan Menteri berkenaan, Datuk Seri Sharizat Jalil di majlis peresmian Juara Rakyat peringkat Negeri Perak di Slim River, Saya telah membangkitkan mengenai masalah warga emas mendapatkan bantuan dan mohon mereka ini diberikan terus tanpa perlu membuat permohonan, tetapi sekadar mendaftar nama sahaja dengan Jabatan Kebajikan.

2 comments:

Unknown said...

salam DSRAZ,
warga emas,ibu tunggal, orang2 miskin dikpg2 tidak mndapat bantuan dari baitulmal,kebajikan masyarakat dll ini semua kembali kpd peruntukan dana drpd badan2 trsebut, saya fikir sememangnya hasrat pengelola tabung2 trsebut untuk membantu tetapi, sudah tuntunya mereka tidak dapat brbuat seperti yg diharapkan olih kita semua, saya sbgai rkyat biasa hanya bolih melihat tetapi tidak kpd ketua2 kpg tidak kpd wkil2 rakyat tidak kpd umno tidak kpd dato' kerana tuan2 semua adalah pemimpin mereka(saya bukan ahli umno tapi dari dulu lagi saya dah pangkah mula2 kapal layar kemudian dacing pri13 belum tau lagi)saya amat kecewa dgn umno sekarang ni dasar2 terkini amat mengecewakan. melayu telah kehilangan pemimpin, keadilan tolak melayu pas merosak melayu harap gabungan ngo melayu seperti perkasa bolih mengambil peranan memperjuangkan melayu.
- orang perak di jaya gading parlimen pekan-

DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN said...

apa pun kita harus melihat kembali kepada perjuangan kita yang sebenar, janganlah kerana nila setitik rosal susu sebelanga. umno dan bn masih lagi releven untuk membela nasib rakyat, cuma kita wajar bertindak dengan lebh cepat membantu mereka yang memerlukan perlindungan.