Template by:
Free Blog Templates

21 March 2010

Blogger UMMO akan diwujudkan

Sekretariat Media Baru UMNO Perak bercadang mengadakan satu lagi kursus kepada pengendali-pengendali laman blog Bahagian-Bahagian.

Ia adalah susulan daripada satu bengkel yang diadakan sebelum ini yang melibatkan lebih 100 orang peserta dan diresmikan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir.

Sekretariat Media Baru UMNO Perak akan bermesyuarat dalam masa terdekat ini untuk mengatur program tersebut yang dijangka diadakan di luar Bandaraya Ipoh.

Cuma apa yang diharapkan ialah kerjasama daripada semua Bahagian UMNO untuk mengenalpasti pengendali sepenuh masa blog mereka, kerana mereka ini akan dilatih dalam kursus yang diadakan itu.

Secara tidak langsung selepas ini akan wujud Bloggers di setiap Bahagian UMNO dan mereka ini akan menyalur, menyampai atau mengulas segala program Parti dan juga Bahagian.

Tidak dinafikan ada setengah Ketua UMNO Bahagaian yang telah mengambil inisiatif mewujudkan blog dan facebook mereka sendiri, tetapi apa yang diusahakan oleh Sekretariat Media Baru ini adalah atas ilham dan kehendak Menteri Besar yang mahukan semua Kepimpinan Bahagian turut sama memperluaskan lagi dunia Siber ini.

Barangkali kali ini, kursus juga akan melibatkan pengendali blog atau website sayap Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO Perak kerana permintaan yang sekretariat terima sebelum ini.

Satu majlis khas, akan diatur untuk Pengendali-pengendali ini bertemu dengan Menteri Besar sambil bersuai kenal. Ketua-Ketua UMNO Bahagian juga akan turut dijemput.

3 comments:

Anonymous said...

parpu ada termasuk ke?

CUCU TOK WAN said...

Adakah blogger UMNO yang telah dicop sepenuh masa itu, akan menulis di dalam blog masing-masing, atau di twitter atau di facebook, tagged, myspace dan sebagainya dengan gaya mainstream media? Dengan kata lain, membawa gaya akhbar seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian ke dalam blogging space?

Kalau itulah yang berlaku, jawabnya, UMNO Perak buang duit!

DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN said...

peringkat awal ini mereka adalah pengendali blog bahagian yang akan melaporkan aktiviti bahagian, parti termasuk mengenai keahlian serta menjawap apa-apa masalah mengenai parti. terima kasih atas pandangan.