Template by:
Free Blog Templates

17 March 2010

Adun Kecewa



Saya amat kecewa kerana masih ramai terutama dikalangan warga emas di Dun Kubu Gajah yang telah mohon bantuan kebajikan berkali-kali tapi hingga kini tidak dapat.

Petang tadi saya melawat Che Jam Bt. Ngah, 70 tahun di kampung Sungai Dendang di Dun Kubu Gajah yang juga seorang orang kurang upaya (OKU).

Beliau yang hanya berbahasa isyarat (bisu) turut menunjukkan rasa kecewa atas nasibnya.

Ketua kampung Sungai Dendang, Ismail B. Don juga kesal kerana ramai kes di kampungnya yang masih tidak dapat bantuan, walaupun telah berkali meminta.

Sebelum ini, ketua kampung Teras, Abdul Wahab B. Mohd Yatam menyatakan rasa kesalnya kerana sehingga kini tiada seorang pun pemohonan di kampungnya telah dapat bantuan.

Saya harap Menteri berkenaan dapat mancari jalan menyelesaikan masalah ini dengan segera.

2 comments:

Antibarua said...

Pegawai Kebajikan Masyarakat di Perak ni buat apa, dia ahli parti PAS kut atau PKR, yang tak mahu tolong orang susah di bawah UMNO/BN.. tukar je, ramai lagi yang sedang menunggu untuk berkhidmat kepada rakyat...

DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN said...

insyallah saya akan atasi masalah ini seperti kata perpatah tarik rambut dalam tepung. terima kasih atas pandangan.