Template by:
Free Blog Templates

31 March 2010

DUN Perak kecoh gara-gara pembangkang.




DUN Perak pada hari kedua di tangguhkan hingga ke suatu masa dengan Menteri Besar menggulung perbahasan Titah ucapan Tuanku Pemangku Raja yang merasmikan dewan semalam.

Datuk Seri Dr. Zambery Abdul Kadir kesal dengan gelagat dan kekacauan pembangkang setiap kali sidang dewan.

Justeru beliau berharap tingkah laku pembangkang ini membuka rakyat dan pengundi yang memilih mereka.

Dalam ucapan Menteri Besar menyebut pelajar-pelajar lepasan SPM yang tercicir akan dihantar kursus khas bagi mendapatkan kemahiran dan pengalaman.

Isu mengatasi masalah kemiskinan keluarga juga diperhebatkan, selain kempen mewujudkan program bumi hijau.

Dr. Zambery juga menyebut 3P iaitu turun padang, perasaan dan pengisisan dalam mencapai hasrat kerajaan Barisan Nasional Perak.

Sivakumar buat lawak lagi di hari ke 2 DUN

Sidang DUN Perak hari kedua mula kecoh oleh Pembangkang yang mempertikaikan Speaker, Datuk R. Ganeson. Begitupun, gangguan mereka tidak diendahkan oleh beliau dan sidang berjalan terus.

Ternyata, kehadiaran mereka hanya untuk menggantu sidang Dewan bukan hendak membela nasib rakyat.

Bekas Speaker, V.Sivakumar buat lawak sekali lagi bila beliau bangun ketika Bentara mengumumkan ketibaan Ganeson masuk ke Dewan.

Setelah tidak puas hati dengan sidang dewan, pembangkang yang diketuai oleh bekas Menteri Besar, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, meninggalkan dewan. Begitupun, sidang DUN berjalan dengan seperti biasa termasuk meluluskan beberapa rang Undang-Undang dan perlantikan Jawatankuasa Kewangan Negeri, Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dan Jawatankuasa Perintah-Perintah Tetap.

Dalam soalan lisan, Saya telah mengemukan pertanyaan mengenai perancangan Kerajaan Negeri untukmembela nasib Ibu-Ibu Tunggal termasuk menubuhkan sebuah Tabung Khas.

Diantara bantuan kepada Ibu-ibu Tunggal ialah geran pelancaran oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi projek jaya dirike arah berdikari. Kadar bantuan itu antara RM2,700 bagi individu dan RM 10,000 bagi yang berkelompok.

Bagi Ibu Tunggal miskin yang berumur lebih 60 tahun ke atas layak menerima bantuan sebanyak RM300 sebulan.

Bantuan rumah antara RM 1,000 dan RM2,000 juga disediakan kepada mereka yang mempunyai tanggungan dan mendiami rumah usang yang perlu dibaiki.

30 March 2010

Sivakumar Buat Lawak Cuba Ambil Kerusi Speaker





DYTM Tuanku Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan meresmikan persidangan DUN dengan bertitah pentingnya semua pihak memberikan tumpuan untuk memajukan Negeri ini.

Baginda juga turut menyebut langkah dan perancangan yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri pimpinan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir dalam menarik pelabur dan mengatasi jurang kemiskinan.


Terdahulu berpakaian segak berwarna kuning emas, Tuanku Raja Muda memeriksa perbarisan sepasukan Pegawai dan Anggota beruniform. Ketibaan bagianda disambut oleh Menteri Besar dan Isteri serta Setiausaha Kerajaan.


Speaker DUN, Datuk R. Ganeson yang mengambil tempat beliau telah mengumukan titah Tuanku Pemangku Raja.


Sebelum persidangan, berlaku pertikaian kecil oleh Pembangkang yang melahirkan rasa tidak puas hati mereka dengan perjalanan Dewan termasuk mempersoalkan kehadiran anggota beruniform. Ini adalah sikap biasa mereka selepas Kerajaan pimpinan mereka jatuh kepada Barisan Nasional (BN) awal tahun lalu.


Sebaik titah Tuanku Raja Muda, Dewan ditangguhkan hingga ke pagi Rabu dengan Ucapan Terima Kasih oleh Menteri Besar dan diikuti dengan perbahasan oleh Ahli-Ahli Dewan.


Beberapa rang undang juga dibentangkan serta laporan Audit selain perlantikan Jawatankuasa Kewangan Negeri, Hak dan Kebebasan serta Peraturan Mesyuarat.


Berikut adalah sedikit urutan sidang DUN Perak hari ini. Tiada himpunan atau kecoh pada sebelah pagi. Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin dan ahli-ahli Pembangkang tiba dan mengambil tempat duduk di pentas majlis pemeriksaan perbarisan dan tabik hormat.


Ahli-ahli kedua-dua belah pihak yang hadir bersalam-salaman sambil bertanya khabar.


Bekas Speaker, V.Sivakumar juga kelihatan mengambil tempat dalam Dewan sebaik semuanya beredar untuk masuk ke Dewan.


Sivakumar buat lawak cuba mengambil tempat duduk Speaker ketika Ganeson berjalan ke arah pintu masuk untuk menyambut ketibaan Tuanku Raja Muda dan berlaku kekecohan kecil.


Tuanku Raja Muda bagaimanaun, menyampaikan titah ucapan perasmian. Sebaik sidang ditangguhkan kesema Ahli Dewan kedua-dua belah pihak berborak sebelum masing-masing beredar ke Dewan Minum.

Jangan Pandang Rendah Pada Keupayaan OKU





Kebajikan OKU tidak harus diabaikan, malah harus diberikan keutamaan dalam mereka menempatkan diri sebagai masyarakat yang penting.


OKU juga tidak harus dianggap sebagai masyarakat yang tidak ada masa depan dan tidak perlu diberikan peluang kedua. Jangan pandang rendah kepada keupayaan OKU.


Mereka ini jika diberikan perhatian dan didikan serta bimbingan juga boleh menghasilkan produk yang baik.


Saya menyatakan demikian ketika melawat PDK DUN Kubu Gajah di Felda Ijok. Terdapat seramai 16 orang pelajar termasuk yang paling tua berusia 42 tahun.


Saya juga berhasrat menjadikan Pusat Komuniti Parlimen di Felda, Ijok dan usaha sedang dibuat bagi mendapatkan peruntukan khas.


Setelah mendengar taklimat daripada Timbalan Pengerusinya, Azemi Raof, Saya akan memanjangkan permohonan mereka untuk mendapatka sebuah bangunan sendiri daripada pihak Kementerian.


Pada masa ini, mereka terpaksa menumpang sebuah bangunan dan Felda bersetuju untuk menyediakan tapak bagi tujuan tersebut.

29 March 2010

Jangan kenakan bayaran kepada pelajar






Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) disarankan bukan sahaja memberi keutamaan pengurusan sekolah menggunakan kemudahan sukan mereka, tetapi dengan tidak mengenakan sebarang bayaran.


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran telah mengarahkan semua PBT membenarkan kemudahan sukan mereka digunakan oleh Pelajar Sekolah yang tidak mempunyai kemudahan sukan untuk berlatih.


Jika yuran dikenakan, ia akan membebankan pengurusan Sekolah dan mungkin mendesak pelajar itu sendiri mengeluarkan belanja bagi membayar sewa dan ini akan menggalakan hasrat TPM yang mahukan zaman kegemilangan sukan sekolah dikembalikan.


Saya berkata demikian ketika berucap merasmikan mesyuarat agung PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Jelai.


PIBG adalah badan penting bagi membincangkan segala masalah di Sekolah. Jika PIBG tidak penting Kerajaan tidak akan menubuhkannya.


Saya juga terkejut kerana masih ada Sekolah yang terpaksa menggunakan ruang terbuka dan bangunan lama yang uzur untuk kelas bagi menampung pelajar yang bertambah.


Sementara itu, Saya menasihatkan agar PIBG sekolah rendah dan Menengah sentiasa berpakat dan menggelakan daripada sebarang perbalahan yang boleh merugikan pelajar-pelajar itu sendiri.


Jika PIBG sendiri gagal berpakat, masakan mereka boeh menjalankan tanggungjawab untik menyelesaikan masalah pelajar-pelajar dan bimbang ia menjadi contoh yang tidak baik.

28 March 2010

Pelajar UITM dan ISA







Tak kenal maka tak cinta. Semalam saya menghabiskan masa kira-kira dua jam menerima undangan kira-kira 150 pelajar Komunikasi dan Pengajian Media, UITM Shah Alam.

Terima kasih kepada Pensyarah Ahmad Faisal Mohd Fiah diatas ingatan dan penghormatan yang diberikan kepada Saya untuk merasmikan program yang diadakan di sebuah Pusat Peranginan di Lenggong.

Turut hadir di majlis sambil berdalog itu ialah Ketua Program Kewartawanan, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UITM Shah Alam, Abu Yamin Salam.

Semenjak kembali menjadi ADUN ini adalah kali pertama Saya berpeluang menghadiri majlis dan berdailog anjuran Pelajar-Pelajar Pusat Pengajian Tinggi. Kali terakhir Saya berpeluang ialah ketika menjadi Ahli Parlimen di majlis yang dianjurkan di Universiti Utara Malaysia (UUM) yang dihadiri oleh kira-kira 1,000 orang pelajar seluruh Negara.

Pada majlis di Lenggong semalam, diantara isu yang menarik perhatian pelajar berkenaan ialah berhubung dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Saya sendiri memberikan penjelasan bahawa Kerajaan sama sekali tidak pernah menggunakannya untuk kepentingan politik.

Malah, berdasarkan rekod, diantara mereka yang pernah ditahan di bawah ISA juga terdiri dari kalangan tokoh-tokoh politik dari pihak Kerajaan.

ISA adalah bertujuan untuk menjamin keamanan dan keselamatan Negara, malah kerana akta ini jugalah rakyat kini hidup dalam keadaan aman dan sentosa dan tidak terancam kepada keselamatan.

Isu sukan terutamanya Bola Sepak juga menjadi perhatian mereka. Selaku bekas Pengurus Pasukan Perak dan masih Ahli Majlis Bebas dan EXCO Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Saya telah memberikan penjelasan.

Saya mengucapkan Terima Kasih kerana diberikan peluang mendekat Pelajar-Pelajar dan diharap pendekatan ini akan berterusan demi kepentingan kedua-dua belah pihak.

Saya juga memberikan penjelasan mengenai kemelut Politik Perak agar pelajar tidak dikelurukan dengan pandangan-pandangan dan tangapan yang negatif.


Saya juga diberikan penghormatan melancarkan Logo baru Kelab Pelajar-Pelajar tersebut.

27 March 2010

Keutamaan bantuan pada Ibu tunggal




Agensi-agensi kerajaan disarankan memberi keutamaan bantuan kepada Ibu-ibu tunggal termasuk rumah mesra rakyat.

Baitumal dan Jabatan kebajikan masyarakat juga harus berbuat demekian.

Semalam saya mengadakan perjumpaan dengan ibu-ibu tunggal Dun Kubu Gajah di dewan majlis daerah Ijok. Lebih 200 orang hadir untuk berdialog.

Saya juga meminta satu data base Ibu tunggal disediakan dan ketua-ketua kampung diarah mengumpul segala maklumat mengenai Ibu-ibu tunggal.

Saya dapatkan data tersebut dalam perjumpaan yang akan diadakan dari masa ke semasa. Turut hadir ketua Wanita UMNO bahagian Larut, Hajjah Sawipah Yahya.

Pegawai-pegawai yang hadir ke majlis perjumpaan Ibu tunggal
1. Nor Afni Zuraidah Binti Hamid penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat (kebajikan).
2. Puan Rosnani Binti Mat Isa Penolong pengurus Amanah Ikhtiar cawangan Selama.
3. Mohamad Bin Mat Alwi penolong eksekutif peladangan FELCRA cawangan Sungai Malau.
4. Faziha Binti Md Yusof Pengurus TEKUN kawasan Parlimen Larut.

26 March 2010

Projek siap, tetapi pindah milik belum selesai




Percaya atau tidak? Projek beratus juta ringgit telahpun siap beberapa tahun lalu dan memberi pulangan hasil yang lumayan tetapi pindah milik belum selesai hingga ke hari ini.


Bermakna, pemilik asal masih menerima notis bayaran cukai tanah. Itu adalah diantara perbincangan hangat yang menarik perhatian ADUN-ADUN di Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah Larut, Matang dan Selama (LMS) yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah, Datuk Mahmud Murshidi, di Bilik Gerakan, Taiping Semalam.


Saya turut meminta agar birokrasi dalam menyelesaikan masalah rakyat ini diberikan perhatian serious jika flasafah rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan mahu direalisasikan.


Masalah suka melepas tanggungjawab kepada agensi lain ini harus segera dihapuskan kerana ini akan memenyebabkan banyak masalah rakyat tidak selesai.


ADUN Selama, Datuk Haji Mohd Daud Yusof dan ADUN Terong, Datuk Rosli Hussein turut memberikan pandangan mereka.


Masalah Kuaters Kerajaan yang tinggal terbiar juga turut menjadi perbincangan hangat. Agensi terbabit seperti Pejabat Hutan dan JKR diminta supaya membenarkan agensi Kerajaan yang lain menggunakan bangunan tersebut sekiranya mereka tidak lagi mahu menggunakannya.


Masalah ketiadaan Pondik Polis di Pekan Kubu Gajah juga turut dibincangkan dan meminta agar sebuah bangunan sementara diwujudkan hingga satu projek Balai Polis baru dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ke 10.


Saya sendiri telah menyenaraikan Projek Balai Polis Kubu Gajah dan beberapa lagi agensi Kerajaan di bawah Pentadbiran baru Pekan Kubu Gajah dalam RMK 10 yang disediaan oleh UPEN Negeri.

peralatan sekolah tidak berkualiti?




Saya terkejut dan kecewa apabila diberitahu ada barang dan peralatan yang dibekalkan ke Sekolah tidak berkualiti dan mengikut spekfikasi.


Ini mendorong Guru Besar terbabit, enggan menerima peralatan tersebut kerana tidak mahu bersubahat.


Pendedahan Guru Besar berkenaan harus dipandang serious dan diambil tindakan segera oleh pihak berkenaan kerana ia merugikan wang rakyat.


Kontrktor yang terbabit yang terbukti bersalah harus disenarai hitamkan dan tidak lagi dipilih dalam mana-mana projek.


Ketika meresmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibubapa (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Bahru, Saya menyeru agar semua pihak menjadikan mesyuarat PIBG penting bagi membincangkan isu dan masalah di Sekolah, terutama yang membabitkan pelajar.


Menyerah tanggung jawab mendidik anak-anak kepada guru dan pengurusan sekolah semata-mata bukanlah langkah yang bijak kerana peranan penting tetap di tangan Ibubapa atua Penjaga.


Sebelum itu, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bagan Bahru, Osman Yahya menjelaskan peranan penting dan tanggung jawab Ibubapa serta penjaga dalam mempastikan pencapaian terbaik anak-anak mereka.


Katanya, adalah menjadi harapan Sekolah agar pembinaan bangunan tambahan dapat dilaksanakan dengan segera oleh Kementerian Pelajaran bagi meningkatkan lagi prestasi pelajar-pelajar.

25 March 2010

Jais Pemimpn Contoh

Saya kagum dengan sikap presiden GPMS, Jais Abdul Karim yang merendahkan diri memberi salam menegur dan bertanya khabar.

Pada ketika itu, Saya singgah makan tengahari hari di sebuah kedai makan di Ibu Negara bersama beberapa orang kawan. Sebaik selesai makan, Jais telah memperkenalkan dirinya.

Saya amat berbangga dengan sikap beliau dan harus menjadi contoh kepada Pemimpin generasi muda yang lain.

Jika tidak kerana menegur Saya tidak mungkin saya mengenali beliau dari dekat. Jais sendiri menyatakan hasratnya sekalipun dalam pertemuan yang singkat itu bersama dengan Setiausaha Agung GPMS untuk mengadakan program dan aktivit di Perak.

Saya sesungguhnya amat mengalu-alukan hasrat tersebut. Didoakan semoga GPMS akan terus menjadi teras kepada ikatan generasi muda demi perpaduan Ummah dan kepentingan orang Melayu itu pada keseluruhannya.

Dr Zambery bersama ADUN

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir mempengerusikan satu mesyuarat khas bersama-sama ADUN-ADUN Barisan Nasional (BN) di Kediamannya di Ipoh.


Mesyuarat tersebut diadakan bagi membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan perjalanan sidang DUN Perak pada 20 Mac ini yang akan diresmikan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak.


Sidang tersebut adalah yang ketiga semenjak BN mengambil alih pentadbiran Kerajaan Negeri daripada Pakatan Pembangkang awal tahun 2009.


Menjelang dua sidang yang lalu, Pakatan Pembangkang telah mengadakan mesyuarat di bawah pokok dan di sebuah hotel di Ipoh.


Pada kali ini, bekas Speaker, V. Sivakumar turut mengeluarkan notis mesyuarat persidangan DUN.

Melawat Ibu Peguam



Selepas menghadiri satu mesyuarat di kediaman Menteri Besar Perak, Saya melawat Ibu Peguam, Datuk Azemi Othman yang sedang di rawat di Hospital Besar Permaisuri Bainon di Ipoh.


Ibu panel Peguam UMNO Perak itu dimauskan ke hospital untuk rawatan beberapa hari yang lalu. Turut berada di wad hospital tersebut, ketika Saya sampai ialah Datuk Azemi dan Dr Murshid.


Datuk Azemi adalah juga salah seorang peneraju utama Kelab elit Kelab Keledang. Kita doakan semoga ibunya segera sembuh.


Sebelum itu, Saya dan ADUN-ADUN Barisan Nasional (BN) Perak menghadiri mesyuarat yang dipengerusikan oleh Dr Zambery Abdul Kadir.

24 March 2010

Dr Zambery harus diberi laluan Cukup

Menteri Besar Perak,Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir harus diberi peluang secukupnya, membentang, menjawab serta mengulung segala perbahasan dalam sidang DUN Perak bermula 30 Mac ini.

Saya merasakan Ahli-Ahli DUN diberi kebebasan untuk bersuara tanpa diganggu hingga sidang terpaksa dipendekan tempuh masanya. Justeru adalah menjadi harapan agar semua wakil dari Pembangkang memberikan kerjasama untuk melihat kemantangan berhujah dan sidang berjalan dengan lancar.

Sudah dua kali sidang DUN terganggu selepas Barisan Nasional (BN) kembali berkuasa di Perak. Kali pertama pada sidang awal tahun lalu ketika upacara peresmian dan pemilihan Speaker.

Akibat gangguan dan kekacuan tersebut majlis perasmian oleh DYTM Tuanku Raja Muda Perak, tertangguh lebih daripada lima jam.

Apa salahnya kali ini, Pembangkang berfikiran terbuka mengambil bahagian dalam perbahasan mengemukakan masalah kawasan dan memberikan pandangan serta idea untuk memajukan Negeri Perak daripada menghabiskan masa menghalang sidang DUN berjalan dengan lancar.

Saya percaya ramai ADUN yang kecewa kerana tidak dapat berbahas dalam dua sidang terdahulu dan tidak dapat membawa masalah rakyat di kawasan masing-masing.

Kita juga tidak mahu, tanggapan umum negatif keatas DUN Perak setiap kali sidang hendak diadakan.

23 March 2010

Kejayaan Koridor Utara diTangan Redza

Saya yakin dengan sikap terbuka Peneraju Utama Pelaksana Koridor Utara, Datuk Redza Rafiq Razak banyak program yang boleh dicapai dalam tempuh terdekat ini, barangkali menjelang tahun 2013.

Keyakinan ini berdasarkan sikap Ketua Esekutif (CEO) itu yang sedia turun ke bawah mendengar dan melihat sendiri masalah yang timbul sambil merujuk isu-isu tempatan kepada pemimpin tempatan.

Lebih penting lagi, beliau sendiri amat berhasrat membantu program meningkatkan cara hidup dan sosio ekonomi kawasan luarbandar di bawah program koridor tersebut.

Saya dapat rasakan melalui program koridor ini kawasan luarbandar seperti DUN Kubu Gajah dapat dinaikan taraf termasuk yang berkaitan dengan modal insan.

Meneri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir juga turut memberikan perhatian serious dalam program koridor utara in bagi kepentingan Negeri Perak pada keseluruhannya.i

Yang penting setiap program yang dilaksanakan di bawah koridor utara ini mestilah berasaskan kepada sumbangan tempat-tempat yang terbabit.

22 March 2010

Datuk Redza CEO contoh


Bukan semua Ketua Esekutif (CEO) yang menerajui Agensi Kerajaan yang mudah ditemui dan sudi pula mendengar pandangan dan pendapat orang lain seperti Datuk Redza Rafiq bin Razak orang utama pelaksana Pembangunan Wilayah Koridor Utara.


Saya seperti tidak percaya dapat berbual panjang dengan beliau bersama dua lagi pegawai kanan beliau di sebuah kedai kopi petang tadi.


Ini adalah satu contoh Pegawai yang berkedudukan tinggi tidak mementingkan protokol dan lebih penting bersedia mendengar pandangan orang bawahan.


Malah, tidak keterlaluan Saya katakan ramai Ketua UMNO Bahagian yang mengadakan pertemuan dan berdailog dengan beliau tempuh hari amat menyenanggi dengan sikap terbuka Datuk Redza dan bersedia memberi kerjasama.


Saya dapat merasakan pembangunan koridor Utara ini akan mencapai matlamat dan sasarannya jika Kerajaan mempunyai seorang bersikap seperti Datuk Redza.


Banyak yang telah dapat Saya luah dan berikan pandangan kepada beliau mengenai program koridor utara. DUN Kubu Gajah terutamanya terlibat dengan Pusat Pembenihan Kambing Boer Negara dan berharap penyertaan masyarakat tempatan turut diberikan keutamaan.


Difahamkan lebih 12,000 ekor benih kambing Boer yang berasal dari Afrika Selatan dan kini amat popupar di Australia akan dipelihara di ladang seluas kira-kira 3,000 ekar di Pondok Tanjung dalam DUN Kubu Gajah.


Projek tersebut mula dirancang ketika Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Menteri Pertanian dan Saya adalah Ahli Parlimen Larut.


Terima kasih Saya rakamkan kepada Datuk Redza kerana sudi berbual panjang. Terima Kasih Daun Keladi. Datuk Redza adalah anak kelahiran Bandar Warisan Taiping dan dilantik menjadi CEO Koridor Utara baru-baru ini.

Ketegasan Speaker DUN Amat Dinantikan

Ketegasan Speaker DUN Perak, R.Ganeson terhadap mana-mana ahli yang telah melanggar peraturan dan perintah tetap serta mencemar dan menghina Institusi Raja-Raja amatlah dialu-alukan.

ADUN-ADUN Barisan Nasional (BN) sepakat dalam satu perjumpaan mendesak agar Speaker bertindak tegas termasuk menggantung mana-mana ahli yang terbukti bersalah.

Speaker berkuasa menghadapkan mana-mana ahli ke Jawatankuasa khas yang ditubuhkan oleh DUN mengikut pertimbangannya dalam apa jua sikap yang mencemar nama baik badan tertinggi penggubal Undang-Undang dan Dasar peringkat Negeri itu.

Bekas Speaker, V. Sivakumar nampaknya jelas berulangkali menimbulkan masalah dan bertentangan dengan kehendak dan peraturan DUN.

Tindakan beliau itu bukan sahaja mencabar kewibawaan Speaker, tetapi nama baik DUN dan Institusi Raja-Raja.

Selagi tindakan tegas tidak diambil, selagi itulah Speaker dan DUN tidak akan dihormati oleh Ahli-Ahlinya.

21 March 2010

Blogger UMMO akan diwujudkan

Sekretariat Media Baru UMNO Perak bercadang mengadakan satu lagi kursus kepada pengendali-pengendali laman blog Bahagian-Bahagian.

Ia adalah susulan daripada satu bengkel yang diadakan sebelum ini yang melibatkan lebih 100 orang peserta dan diresmikan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir.

Sekretariat Media Baru UMNO Perak akan bermesyuarat dalam masa terdekat ini untuk mengatur program tersebut yang dijangka diadakan di luar Bandaraya Ipoh.

Cuma apa yang diharapkan ialah kerjasama daripada semua Bahagian UMNO untuk mengenalpasti pengendali sepenuh masa blog mereka, kerana mereka ini akan dilatih dalam kursus yang diadakan itu.

Secara tidak langsung selepas ini akan wujud Bloggers di setiap Bahagian UMNO dan mereka ini akan menyalur, menyampai atau mengulas segala program Parti dan juga Bahagian.

Tidak dinafikan ada setengah Ketua UMNO Bahagaian yang telah mengambil inisiatif mewujudkan blog dan facebook mereka sendiri, tetapi apa yang diusahakan oleh Sekretariat Media Baru ini adalah atas ilham dan kehendak Menteri Besar yang mahukan semua Kepimpinan Bahagian turut sama memperluaskan lagi dunia Siber ini.

Barangkali kali ini, kursus juga akan melibatkan pengendali blog atau website sayap Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO Perak kerana permintaan yang sekretariat terima sebelum ini.

Satu majlis khas, akan diatur untuk Pengendali-pengendali ini bertemu dengan Menteri Besar sambil bersuai kenal. Ketua-Ketua UMNO Bahagian juga akan turut dijemput.

20 March 2010

Isu Rakyat Miskin DUN Perak Menarik Perhatian

Isu rakyat miskin, masalah Ibu Tunggal dan Bantuan Bitulmal adalah diantara perkara yang akan Saya bangkitkan dalam perbahasan DUN Perak yang dijadualkan bermula pada 30 Mac ini.

Saya merasakan proses dan pendekatan bantuan rumah mesra rakyat kepada penerimanya harus dikaji semula. Kualiti perlaksanaan rumah tersebut juga menjadi tanda tanya kerana tidak berdasarkan spekfikasi yang ditetapkan.

Agensi-agensi yang terlibat harus merujuk kepada Ketua Kampung sebelum permlohonan bantuan rumah tersebut diproses.

Ada Ketua Kampung yang mendakwa, bukan sahaja mereka tidak dirujuk permohonan yang dibuat, tetapi jika pun ada permohonan yang telah diluluskan, mereka pun tidak tahu dan diberitahu oleh pihak berkenaan.

Pernah berlaku di DUN Kubu Gajah, kelulusan telah diberikan kepada pembinaan sebuah rumah untuk rakyat miskin, tetapi kontraktor berkenaan melenggah-lenggahkan pembinaanya, sehinggalah perkara itu sampai ke pengetahuan pengurusan agensi berkenaan untuk diambil tindakan.

Mengenai kesengsaraan Ibu Tunggal untuk menanggung keluarga mereka dan masalah mata pencarian juga akan dibangkitkan.

Masalah bantuan Baitulmal yang lewat dan permohonan daripada keluarga miskin yang benar-benar memerulkan tempat tinggal juga akan dibangkitkan

Isu kelewatan permohonan dan tukar milik tanah serta program menaik taraf DUN Kubu Gajah juga akan dibangkitkan dalam sidang tersebut yang akan diresmikan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak.

19 March 2010

Kecewa Sikap ADUN

Sikap ADUN Tronoh, V.Sivakumar yang masih menganggp dirinya Speaker DUN Perak amat mengecewakan dan memalukan.

Ia juga secara tidak langsung menghina, mencemar dan menjatuhkan imej Institusi Penggubal Dasar dan Undang-Undang Kerajaan Negeri.

DUN pada sidangnya awal tahun lalu, telahpun memutuskan, R.Ganeson mengikut suara majoriti sebagai Speaker. Berikutan dengan itu, bekas Speaker, Sivakumar hilang jawatan beliau dengan sendirinya.

Jubah yang merupakan pakaian resmi Speaker juga telah diambil balik daripada Siva.

Persoalan yang timbul kenapa Siva masih bertindak seolah-olah beliau masih lagi Speaker dan mengeluarkan notis mesyuarat DUN yang bermula 30 Mac ini, sedangkan notis sebenar dan sah telahpun dikeluarkan oleh Ganeson.

Saya amat kesal kerana setiap kali DUN hendak bersidang ada sahaja kerenah yang ditimbulkan oleh Speaker dan Pembangkang.

Saya merasakan kerugian yang amat sangat kerana sudah dua kali sidang, Saya tidak berpeluang untuk berucap dan berbahas mengenai banyak perkara samada untuk kepentingan DUN Kubu Gajah itu sendiri mahupun bagi Negeri Perak pada keseluruhannya.

Sidang DUN ini sepatutnya menjadi gelanggang bagi ADUN-ADUN berdebat dan memberikan pandangan untuk membela nasib rakyat dan membantu membangunkan lagi Negeri ini.

Mengecewakan lagi tanggapan negatif mengenai DUN perak yang menjadi tumpuan ramai bukan kerana ingin mengikuti perdebatan Ahli-ahlinya, tetapi lebih cenderung utuk tenguk gelagat dan aksti bergaduh.

Saya merasakan sudah tiba masanya, ADUN-ADUN Pembangkang mengutamakan sikap bertanggung jawab untuk menjalankan tugas dan amanah yang telah diberikan oleh pengundi-pengundi kawasan masing-masing dan jadilah Wakil Rakyat yang berhemah dan ikon kepada generasi yang akan datang.

Sebagai ingatan, pada sidang DUN tahun lalu, Pembangkang telah mencetuskan kekacauan hingga majlis perasmian tertangguh lebih daripada lima jam oleh DYTM Raja Muda Perak.

Sebelum itu, Pembangkang menjadi bahan lawak kerana mengadakan sidang bawah Pokok dan kemudian pula di sebuah hotel di Ipoh.

Apa kah pula sendiwara terbaru mereka kali ini? Apa kah mereka serious memulau sidang DUN pada 30 Mac ini? kita sama-sama tunggu.

18 March 2010

Ibu tunggal perlu rumah





Sebaik diberitahu masalah, Halijah Ali, 64 tahun Saya terus ke rumahnya di Redang Panjang untuk melihat sendiri tempat tinggal beliau.


Ibu Tunggal berkenaan yang tinggal bersama seorang anak peremuan, menumpang di atas tapak ehsan orang lain di sebuah kebun getah dengan keadaan rumahnya yang agak uzur.


Saya berharap untuk mendapatkan bantuan rumah samada daripada Baitulmal, Felcra atau Risda.


Bersama Ketua Kampung Redang Panjang, Saya juga melawat Warga Emas, Osman Salleh, 76 tahun. Beliau mengalir air mata, sebaik meninggalkan rumahnya, kerana bersyukur Saya sering melawat beliau.


Sebelum itu, mohd sabri ismail, seorang Orang Kurang Upaya (OKU) yang saya temui di sebuah kedai kopi di Redang Panjang, telah mohon sebuah kerusi untuk membuka kedai gunting rambut bagi mencari sedikit pendapatan.


Saya memanjangkan permohonan beliau itu ke Jabatan Masyarakat untuk tindakan segera.

Ancaman tebing sungai






Usaha JPS mendalami sungai Ijok dekat Redang Panjang, amatlah dialu-alukan, kerana sekarang kelihatan bersih.


Tetapi tebing sungai yang semakin rebak dan runtuh walaupun kerja-kerja mendalami sungai itu masih belum selesai, telah membimbang penduduk.


Ia mengancam keselamatan mereka, jelas Ketua Kampung Redang Panjang, Zainuddin yang bersama Saya melawat tebing sungai yang rebak dan runtuh itu. Difahamkan kerja-kerja penyelengaaran projek tersebut menelan belanja kira-kira RM 2 juta.


Tidak pasti pula siapa kah kontraktor yang terlibat. Namun Saya berharap Jurutera JPS Daerah Larut, Matang dan Selama (LMS) segera mengambil tindakan bagi menggelakan kejadian yang tidak diingini berlaku.


Ketika membuat lawatan tersebut, kami juga takut untuk menghampiri tebing sungai kerana bimbangkan keselamatan.


Sebelum ini, pernah berlakau sebuah dapur rumah yang didirikan berhampiran sungai berkenaan hampir terjatuh ke dalam sungai, akibat tebing sungai yang rebak.


17 March 2010

Delima keluarga peneroka






Saya amat simpati dengan satu keluarga peneroka di Felda, Ijok yang mana ibu mertunyanya sakit tulang belakang, menantu terbaring sakit dan anak perempuannya pula menglami kurang upaya (oku).


Dalam lawatan ke rumah mereka, Mat Tahir Shamsuddin, 61 tahun yang terbaring kerana sakit yang dialaminya beberapa tahun kebelakangan ini manakala ibu mertuanya pula, Baayah binti Abu Hassan, 75 tahun mengamai keretakan tulang belakang.


Anak perempuan beliau, siti sara, 10 tahun pula seorang oku dan sedang belajar di sebuah sekolah khas di Felda, Ijok.


Apa yang diharapkan oleh keluarga ini terutama Tahir dan Ibu mertauanya ialah kos membiyai perubatan mereka.


Saya juga melawat warga emas, Aminah binti Mat Saad 73 tahun di Feld, Ijok yang hanya berkerusi roda tinggal dengan suaminya.


Sebelum itu, Saya ke rumah Abdul Aziz bin Samat, 58 tahun yang mengalami stroke.


Saya amat berharap mereka ini dapat segera dibantu oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi menggurangkan kos membiyai perubatan.

Tiada Buruh dan Pekerja asing diambil






Rasa lega mendengar pengambilan kakitangan dan buruh di kilang sawit Felcra di Sungai Dendang dalam DUN Kubu Gajah adalah anak-anak tempatan dan sama sekali tiada pekerja asing.


Jaminan itu diberikan oleh Pengurus kilang berkenaan, Zainal bin Asmun ketika memberi taklima dalam lawatan Saya untuk meninjau perlaksanaan kilang yang dianggarkan sekitar RM 30 juta itu yang pada mulanya dijadualkan beroperasi pada bulan Disember yang lalu.


Turut hadir ialah Penolong Pengurus Felcra Tebing Tinggi/Sungai Malau, Baharuddin bin Mat Isa dan pegawai-pegawai yang lain.


Pengambilan kakitangan kilang akan bermula sekitar bulan April ini dan dijangka mula bertugas pada bulan Julai.


Keutamaan kepada penduduk-penduduk tempatan untuk bekerja di situ adalah sebagai pendekatan untuk memudahkan lagi pihak pengurusan Felcra mengatasi masalah-masalah yang mungkin di kemudian hari.


"Lagi pun ini ini adalah satu pendekatan yang dirasakan terbaik bagi menjaga dan mengeratkan lagi silaturahim antara pengurusan, pekerja dan penduduk," tambah beliau walaupun tidak dapat menyatakan perkara yang sebenar berhubung kelewatan kilang itu disiapkan mengikut jadual.


Saya sendiri yang memimta pembinaan kilang tersebut ketika menjadi Ahli Parlimen Larut bagi membangu meningkatkan lagi pemasaran buah kelapa sawit dan lebih penting di lihat dalam konteks pembinaan kilang tersebut ialah pembinaan kilang baja pada masa yang sama.


Kilang tersebut yang dibina atas kawasan seluas 25 hektar akan memberi pilihan kedua kepada penjual-penjual buah sawit termasuk ladang-ladang milikFelcra, Felda dan Risda selain pekebun-pekebun kecil yang lain.


Untuk ladang Felcra sahaja dijangka ia melihatkan lebih 80,000 ekar di sekitar Perak dan Kedah. Kilang ini juga menjamin tiada berlaku pencemaran kerana kaedah termoden yang digunakan.