Template by:
Free Blog Templates

8 August 2009

Media Sahabat Zambry

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul kadir malam tadi (jumaat 7 Ogos 2009) meraikan media tempatan dengan harapan mereka terus menjadi sahabat yang rapat.

Beliau dan isteri melayan kira-kira 200 wakil media dan penulis blog hadir di majlis makan malan yang turut dihadiri oleh anggota EXCO dan Adun BN di bangunan SUK.

Dr Zambry secara ikhlas akan menggelakan diri daripada berkonfrantasi dengan media kerana itu bukanlah tujuan beliau, sebaliknya mengajak mereka bersama-sama bekerjasama membangunkan rakyat dan negeri.

Makan malam itu adalah yang pertama diadakan semenjak beliau dilantik menjadi Menteri Besar bulan Febaruari lalu dan Adun Pangkor itu ternyata mempunyai hubungan yang erat dengan media semua peringkat termasuk di pusat. Ini terbukti dengan kunjungan peribadi yang pernah beliau lakukan ke beberapa media.


Mengenai Politik negeri, beliau berkata beliau tidak akan merasa jemu untuk terus berkhidmat kepada rakyat dan membangunkan Perak sebagai sebuah negeri yang disegani.

Sambil menangkis hasrat pembangkang untuk membubar DUN Perak, Beliau juga meminta Adun-Adun BN membantu dan memberi sokongan padu kepada barisan EXCO untuk sama-sama membangun dan memajukan negeri Perak.

Katanya, adalah menjadi harapan beliau untuk menjadikan Perak sebagai Negeri Aman Sejahteran dan kearah itu, teama berkenaan akan dilancarkan tidak lama lagi.

Majlis diserikan dengan persembahan artis jemputan dan bakat terpendam wakil media. Ketua Penerangan Negeri Perak, Datuk Hamdi Abu Bakar, turut menyampaikan sebuah lagu 60an atas permintaan Menteri Besar.

Kumpulan Selendang Perak pimpinan isteri Mentreri Besar Perak juga membuat persembahan. Majlis bertambah meriah dengan cabutan nombor bertuah.

4 comments:

Anonymous said...

Diharap Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir jangan terlalu sangat berpolitik sehingga lupa masalah yang dihadapi oleh rakyat Perak. Untuk perhatian Datuk saluran air di Bercham, Kg. Simee dan beberapa tempat yang mendapat bekalan air dari logi Tg. Rambutan/Tambun adalah amat kotor. Bekalan air dari logi tersebut berwarna kuning lumpur serta berpasir. Banyak aduan telah dibuat sehingga pihak media juga ada melaporkan aduan tersebut diakhbar tempatan namum masih tiada perubahan. Sebagai MB Perak yang mengutamakan rakyat, diharap Datuk dapat memastikan rakyat Perak boleh hidup dengan aman dan selesa dinegerinya sendiri. Diharap Datuk boleh mengambil tindakan terhadap masalah yang ditimbulkan ini dengan segera tanpa berlengah lengah lagi. Diharap juga komen ini tidak akan ditapis dan dipaparkan disini demi keselesaan penduduk dinegeri Perak.

DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN said...

Masalah ini telahpun saya maklumkan kepada yang berkenaan untuk tindakan.

JAMILKUCING said...

askm

saya hanya memohon masa raja sekejap sahaja. berfikir secara waras sebagais eorang lelaki melayu beragama islam, adakah apa yg berlaku di perak betul dan benar. kita jgn bercakapd aris egai agama. nanti saya di tuduh pelampau agama lak. kita bercakap dari segi undang-undang.jawab secara telus dan jujur. adakah merasuah 2 orang melayu bangsat seghingga menyebabkan sebuah negeri kucar kacir itu benar,adakah mengheret seorang speker sah itu benar. tolonglah raja ahmad zainuddin .kami anak melayus ekarang bukan lembut yg boleh di tarik .

JAMILKUCING said...

maaf sekali lagi.dulu kalaus eseorang itu bertitle raja bermakna itu title yg tinggi.tinggi lagi dari datos eri atau apa sahaja. tetapi sekarang lihatlah sendiri perbuatan mahathir kutty.taraf raja sudah tiada nilai lagi.