Template by:
Free Blog Templates

13 August 2009

Khir Toyo, Bersemangat Kental


Malam tadi, saya meresmikan program ceramah pemuda UMNO Bahagiah Larut dengan penceramah utamanya, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo, dan pada saya menariknya bekas Menteri Besar Selangor ini ialah, semangat perjuangan kentalnya, sekalipun tewas pada pemilihan ketua pemuda, BN Selangor gagal membentuk Kerajaan dan paling terbahru, penggantungan beliau oleh DUN Selangor selama setahun.

Tidak mengapa, yang jatuh pada hari ini, tidak semestinya di bawah selama-lamanya. Tun Dr Mahathir Mohamed, pernah diketepikan suatu ketika dalam UMNO, tetapi kembali sebagai seorang wira negara. Pak lah, pernah dipinggirkan dalam UMNO, tetapi beliau kembali dan akhirnya menjadi Perdana Menteri.

Dalam Pemuda, Datuk Ser Mohd Najib Tun Abdul Razak yang lebih dahulu muncul dalam kepimpinan pergerakan tersebut, tetapi di pintas oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada suatu ketika dalam perlantikan, tetapi akhirnya kembali megah sebagai Perdana Menteri hari ini.

Justeru, saya percaya jika semangat juang yang tidak mengenal putus asa mengalir dalam tubuh semua ahli UMNO, tidak ada sebab UMNO akan kembali di landasan yang betul dalam Pilihanraya Umum (PRU) ke 13.

Dr Khir Toyo memperjelaskan bahawa UMNO jangan gentar dengan thomah rekaan pembangkang, sebaliknya tampil dengan rasa tidak takut untuk mempertahankan pemimpin dan parti.


Jangan terperangkap dengan fitnah pembangkang. Pas katanya, selalu bercakap memperjuangkan islam, tetapi pada masa yang sama sanggup mengadaikan maruah demi kepentingan politik mereka.

"Kita jangan cari dosa, Kita turun ke padang memberi penjelasan kepada rakyat apa yang hendak kita lakukan, bukan hendak bergaduh atau menyebar fitnah," tambahnya.

Mereka yang menyebar fitnah dan melempar batu sembunyi tanggan adalah mereka yang dari golongan penakut dan orang ramai jangan terpengaruh dengan kumpulan seperti ini yang lebih suka melihat perpecahan.

Turut hadir di majlis yang diadakan di perkarangan Dewan Orang Ramai Padang Das/Simpang Tiga Gudang ialah ialah Ketua Pemuda UMNO Bahagian Larut, Anuar Ariffin dan wakil daripada urusetia pemidato Pemuda UMNO Malaysia, Halim Tuah dan Adnan Seman.

Program itu adalah yang ketiga anjuran pemuda bahagian selepas diadakan di DUN Selama dan Batu Kurau, sebelum ini.

0 comments: