Template by:
Free Blog Templates

3 August 2009

PM Cadang Himpunan Secara Aman?



Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berkata bahawa Kerajaan bersedia bagi tempat untuk berhimpunan cara aman seperti di stadium dan mereka boleh bertempik hingga ke subuh daripada berhimpunan di jalanan yang menggugat ketenteraman awam.

Masalahnya setuju kah kumpulan yang suka berdemonstrasi ini? baguslah jika mereka bersetuju. Tetapi, saya rasa tidak mungkin, kerana mereka lebih suka mengadakana demonstrasi untuk menunjukan kepada umum bahawa mereka berani menjatuhkan imej Kerajaan. Sebab itu, mereka tidak kisah jika berlaku huru hara. Rosak harta benda dan menakutkan orang ramai.

Kerajaan tidak perlu tunduk kepada mana-mana tekanan dan layanan seumpama itu. Yang mahukan demonstrasi hanyalah segelinti sahaja. Itupun, mereka yang telah diterpedaya dengan dakyah kumpulan yang tidak bertanggung jawab ini, sedangkan majorit rakyat negara ini menolak kerana mereka mengutamakan keamanan dan kesejahteraan.

Walaupun, Najib ikhlas dalam memberi kebebasan bersuara, tetapi Saya meragui kalau mereka yang berkenaan bersedia mendengar nasihat dan menyambut cadangan sedemikian rupa.

Jika pun tujuan Kerajaan itu ikhlas, tetapi mereka yang terlibat ini, tidak mungkin boleh mematuhi peraturan yang dikenakan, sekalipun Kerajaan menentukan tempat himpunan secara aman. Akhirnya tergugat juga keamanan.

0 comments: