Template by:
Free Blog Templates

5 August 2009

Laman Web Bukan Untuk Menabur FITNAH


Pembukaan laman web Datin Seri Rosmah Mansor ternyata bahawa isteri Perdana Menteri Malaysia itu ingin mendekatkan dirinya dengan rakyat.

Tahniah dan syabas di ucapkan kepada Datin Seri Rosmah atas inisiatif memiliki laman web sendiri dan diharap akan menjadi contoh dan pembuka mata kepada masyarakat di negara ini.

Website yang dilancarkan semalam kini boleh dilayari orang ramai di www.pmo.gov.my/datinrosmah untuk mengetahui program dan aktiviti Datin Seri Rosmah.

Sebelum ini, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak juga mempunyai laman web sendiri di http://www.1malaysia.com.my/ yang kini mendapat sambutan ramai sejak mula diaktifkan.

Ternyata Isteri Perdana Menteri itu mahu rakyat tahu pembabitan beliau sebagai isteri Pemimin Negara bukan sahaja mengiring suami dalam majlis-majlis rasmi dan lawatan, tetapi juga dalam kegiatan masyarakat.


Datin Seri Rosmah dikenali dengan penglibatan secara aktif melalui program Permata Negara dan telah menerima penganugerajan Ijazah Kehormat Doktor Pendidikan UITM beberapa hari yang lalu.

Saya setuju dengan isteri Perdana Menteri itu bahawa kemudahan internet bukan untuk menyebarkan fitnah dan platform menyerang peribadi mana-mana pihak dan individu.

Fitnah bukan sahaja ditegah dan dilarang oleh agama, tetapi juga boleh memecah belahkan masyarakat dan menggugat keamanan negara.

Dunia siber sebenarnya membolehkan manusia meningkatkan ilmu dan kemahiran serta berfikir secara global. Justeru rugi rasanya jika kita tidak menggunakan kemudahan ini dengan betul dan berfaedah.

0 comments: