Template by:
Free Blog Templates

11 August 2009

Masuk Kampung

Hari ini, Selasa 11 Ogos 2009, saya masuk kampung di DUN Kubu Gajah. Semalam saya menerima panggilan daripada ahli puteri UMNO memberitahu tiang TNB dekat dengan rumah Haji Alwi Mohd Ali dikuatiri tumbang kerana, tebing sungai dekat rumahnya dimakan hakisan.

Alhamdullilah, selepas menghubunggi Jurutera TNB Daerah, saya diberitahu bahawa pihak TNB akan segera menggantikan tiang-tiang berkenaan. Haji Alwi, 76 tahun adalah seorang guru agama bebas dan telah lama tinggal di Kampung Mesjid, Ijok.

Saya sendiri melalui titi gantong untuk sampai ke rumah beliau. Pada ketika saya sampai beliau tidak ada di rumah, tetapi sebaik diberitahu kedatangan saya, beliau akhirnya dapat juga saya jumpa ketika sedang minum bersama penduduk yang lain.

Dengan ditemani Ketua Kampung Mesjid, Nor Azman Mokhtar, saya juga meninjau dapur sebuah rumah yang semakin hampir dengan tebing sungai, dekat situ. Saya menasihatkan pemilik rumah berkenaan supaya segera mengubah dapur rumahnya itu, bagi menggelakan sebarang kejadian yang tidak diinggini.

Saya telah minta pihak JPS untuk segera menjojoi tebing sungai tersebut yang kelihatan semakin runtuh.

Ketika minum petang di gerai bawah Dewan Terbuka Kampung Mesjid, ramai jugalah yang saya temui sambil bertanya khabar. Beberapa orang bekas Ketua Kampung juga singgah. Jawatankuasa mesjid Kampung Mesjid yang bermesyuarat jawatankuasanya tadi, juga telah menyusun program berbuka puasa dan morai sepanjang bulan Ramadan yang akan disambut oleh umat Islam tidak lama lagi.

Pada sebelah tengahari saya menemui Ketua UMNO Cawangan Kota Wira dan beberapa orang jawatankuasa mengenai masalah mereka.

0 comments: