Template by:
Free Blog Templates

15 August 2009

Alfatihah Untuk Allahyarham Zakaria, bekas Ketua UMNO Cawangan Kg Tapah

Bekas Ketua UMNO Cawangan Kampung Tapah di Bahagian Larut, Zakaria Ismail telah pulang ke rahmatullah.

Allahyarham Zakaria, 78 tahun telah berkhdimat sebagai Ketua Cawangan selama 20 tahun. Beliau adalah juga bekas Ketua Kampung Kampung Tapah. Jenazahnya telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan di situ, sebentar tadi.

Allahyarham Zakaria meninggalkan tujuh orang anak dan merupakan seorang pemimpin yang amat disegani sehinggalah meletakan jawatan kerana masalah kesihatan.

Saya dan keluarga mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarham Zakaria semoga rohnya sentiasa disisi orang-orang yang solleh. Al-Fatihah.

0 comments: