Template by:
Free Blog Templates

6 August 2009

UMNO Terima Ahli Baru


Sekalipun, hanya lapan orang, kemasukan mereka sebagai ahli UMNO tetap menambahkan kekuatan parti. Demikian saya beritahu ketika menerima borang ahli baru di kampung Bangol Jas, dekat Selama petang ini, Khamis 6 Ogos 2009.

Selaku Ketua UMNO Bahagian saya mengalu-alukan kemasukan mereka di majlis ringkas di dewan JKKK Bangol Jas. Turut hadir ialah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Larut, Datuk Haji Mohd Daud Mohd Yusof yang juga ADUN Selama dan Ketua cawangan, Nasaruddin bin haji Dzulkifli.

Hanya UMNO, parti terbesar orang Melayu yang mempunyai khidmat cemerlang dan merupakan teras kepada Kerajaan BN serta mampu untuk membela nasib rakyat.

Pengalaman pilihanraya Umum yang lalu, menjadi pengajaran kepada UMNO dan BN untuk mengembalikan semula keyakinan rakyat pada pilihanraya Umum ke 13 nanti.


Namun, UMNO itu sendiri perlu berpadu dan elakan sebarang perpecahan. Pembangkang akan terus mengambil kesempatan daripada kelemahan dalaman UMNO, oleh itu ahli harus berwaspada.

BN bukan perampas, tetapi atas kehendak tiga ADUN dari parti pembangkang yang keluar parti mereka dan memberi sokongan dalam pembentukan Kerajaan baru di Negeri Perak. Jika ada yang tidak berpuas hati tanyalah mereka kenapa mereka meninggalkan parti masing-masing dan menjadi ahli Bebas?

Pasti ada sebab kenapa mereka meninggalkan parti asal mereka. Justeru kenapa hendak persalahkan BN, rakyat kena faham dan jangan terpengaruh dengan dakyah pembangkang untuk membubarkan DUN Perak.


Saya berterima kasih kepada cawangan Bangol Jasa, terutama ketua cawangannya dan Sopi Ibrahim, ahli cawangan disitu. Saya terharu dengan semangat Sopi, yang pernah bersama dengan saya ketika kami sama-sama dalam pergerakan pemuda, walaupun kini uzur, tetapi tidak pernah patas semangat untuk memperkuatkan parti.

Beliau berjanji untuk menarik lebih ramai lagi menyertai UMNO.

0 comments: