Template by:
Free Blog Templates

25 August 2009

Hak Milik Tanah Kemiskinan Tegar dipercepatkan


Jawatankuasa Tanah Daerah Larut, Matang dan Selama (LMS) berharap mempercepatkan pemberitan hak milik tanah teruama kepada mereka dari kalangan miskin tegar.

Ia adalah selaras dengan Jawatankuasa Khas yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir bagi mengatasi masalah hak milik di kalangan penduduk miskin tegar di Negeri ini.

Dalam mesyuarat jawatankuasa tanah yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerau LMS, Datuk Mahmud Murshidi di Pejabat Tanah Daerah di Taiping, masalah setinggan yang enggan berpindah juga turut dibincangkan.

Itu adalah mesyuarat petama yang saya hadiri selepas BN mengambil alih Pentadbiran Kerajaan Negeri Perak, awal tahun ini. Sebahagian daripada Kampung di DUN Kubu Gajah terletak dibawah pentadbiran tanah Taiping manakal sebahagan lagi di bawah pentadbiran Pejabat Tanah Selama.

Masalah penerokaan haram adalah penyebab kelewatan geran tanah dikeluarkan, selain kelewatan pembayaran premium tanah, sekalipun borang 5A telah dikeluarkan, tetapi masih ada yang tidak mengindahkannya.


Saya juga berharap beberapa kawasan pertanian yang telah dipohon oleh mereka terutama yang tidak bertanah dapat disegerakan termasuk di batu 20, 23, Padang Das, Kelian chinei. Masalah hak milik tanah di Pantai Besar dan Jelai juga dibangkitkan.

Pengkuat kuasa Tanah Daerah akan dan telah bertindak keatas pembukaan tanah secara haram di beberapa tempat yang telah dikenal pasti.

Saya berharap beberapa rancangan tanah pertanian secar berkelompok akan dilaksanakan di DUN Kubu Gajah bagi membantu menggurangkan masalah rakyat miskin dan setinggan.

Ahli Dewan Negeri Kawasan Kamunting, Mohd Zahir Datuk Khalid dan ADUN Changkt Jering, Kapt (B) Osman Zailo turut hadir di mesyuarat tersebut.

2 comments:

Anonymous said...

salam yb..org buat blog..ybpun nak buat blog.ayat,typing berterabur. imej yb..imej

DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN said...

terima kasih kerana sudi melayari blog saya. dalam bulan puasa,maklum sahajalah, yang penting kita perbanyakan pahala. selamat berpuasa semoga segala amalan diberkati oleh allh s.w.t.