Template by:
Free Blog Templates

8 August 2009

Nyawa Lebih utama bukan Pokok

Dah berbuih mulut ni ingatkan, kalau ada pokok besar berhampiran rumah, eloklah ditebang bimbang kalau berlaku kejadian tidak diingini. Rabu lalu, sebuah rumah di Kampung Batu 3, Selama dihempap sebatang pokok macang.

Mujur, ketika kejadian, Mat Desa bin Yoon, 54 baru lepas makan tengahari, jika tidak entah lah, keluh beliau yang memberitahu pokok itu menghempap ruang dapur rumahnya.

Sebelum ini , sebuah rumah di Kubu Gajah, pernah dihempap sebuah pokok mempelam dan merosakan keselurhan bilik air.

Saya sekali lagi lah nak ingatkan penduduk supaya ambillah tindakan menebang pokok yang boleh mendatangkan bahaya kepada keselamatan mereka dan keluarga. Hendak sayangkan pokok atau nyawa?

Sehubungan dengan ini, saya harap JKKK mengadakan perjumpaan dan berbincang mengenai masalah tersebut bagi menggelakan bencana.

Bagi menggurangkan masalah banjir, saya juga menasihatkan JKKK mengambil tindakan segera untuk membersih atau menggantikan gelong yang sudah tidak sesuai lagi dipergunakan.

Saya sempat meninjau keadaaan gelong di Rancangan Tanah Belia Khas (RTBK) Pondok Tanjong selepas hadir ke majlis penutup program motivasi Sekolah Kebangsaan di situ.

0 comments: