Template by:
Free Blog Templates

30 August 2009

Erti Kemerdekaan

Hari ini, Ahad 30 Ogos, dalam satu perjumpaan yang dihadiri oleh lebih 300 orang wanita, saya menegaskan bahawa Kemerdekaan yang akan disambut besok, Isnin 31 Ogos tidak akan membawa apa-apa pengertian, jika rakyat itu sendiri tidak dapat mengisi segala tuntutan Kemerdekaan.

Negara terhutang budi kepada pemimpin yang telah berjuang dan berkorban untuk menebus tanahair dari cengkaman Penjajah, tetapi segala tuntutan kemerdekaan itu tidak bermakna, jika rakyat sendiri gagal merialisasikan erti kemerdekaan.

Pemimpin telah melakukan yang terbaik untuk membebaskan Negara, tetapi di tangan rakyat hari inilah yang akan menjadi penentu maju-mundurnya Negara.

Pada masa menutut Kemerdekaan, rakyat telah menunjukan semangat bersatu hingga berjaya menyakinkan penjajah, tetapi setelah berjaya, kita gagal mempertahankannya, disebabkan timbul perasaan tamak dan haloba, berebut kuasa.

Berucap di majlis penyampaian bantuan hari raya anjuran pergerakan Wanita UMNO Bahagian Larut di Dewan Astaka, Batu Kurau, Saya berharap sambutan ulang tahn ke 52 Kemerdekaan, menjadi peluang terbaik bagi rakyat berubah dan jadikan gagasan 1 Malaysia satu aspirasi dan harapan membina Negara Maju menjelang tahun 2020.

Bina perpaduan sebagai teras utama dan baiki kelemahan bagi membina kehebatan harus dijadikan pegangan seluruh rakyat Malaysia.

Sudah pasti setiap kali Negara menyambut ulang tahun Kemerdekaan, kemajuan rakyat akan dinilai, sebagai pengukur sejauh mana tahap kejayaan itu telah dicapai.

Kemerdekaan bererti sejarah perjuangan mendapatkan kebebasan dan sejarah ini wajar diketahui dan diperjelaskan kepada generasi muda supaya mereka tidak menjadi rakyat yang lupakan diri.

Negara bertuah kerana peralihan kuasa yang berlaku daripada bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi kepada Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razaj, berjalan dalam suasana semangat penuh kerakraban, yang melambangkan proses demokrasi itu berjalan dengan subur.

Datuk Seri Najib pula, selepas menjadi Perdana Menteri ke 6, melahirkan flasafah gagsan 1 Malaysia dengan rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan.

Majlis penyampaian bantuan hari raya itu adalah anjuran Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Larut. Turut hadir ialah Ketuanya, Sawifah Haji Yahya.

Majlis yang sama juga akan diadakan di DUN Kubu Gajah pada 2 Sept. ini di Dewan Masyarakat Pekan Kubu Gajah.

2 comments:

Budak Kuala Kenas said...

YB.. your writing certainly doesn't have the appeal to make people understand what is Merdeka Day relevance.. lagi-lagi 'pemimpin'.. boring, don't you know? I wonder whether you really understand how to win people heart?

DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN said...

terima kasih atas pandangan. kemerdekaan itu adalah milik kita yang termahal, maka peliharalah ia sebaik mungkin. selamat berpuasa, semoga segala ibadah, amal dan kebajikan diberkati allah.