Tak kenal maka tak cinta. Banyak warisan seni nenek moyang kita jika tidak dikembangkan ia akan terhakis dan ditelan zaman. Silat Sendeng adalah salah satu seni mempertahankan diri yang masih lagi harum di kalangan orang banjar terutamanya.
Tetapi ia kini sudah diperluaskan kepada siapa juga yang berminat. Semalam, saya meresmikan majlis penutup dan penyampaian sijil tamat pengajian silat Sendeng warisan Haji Ismail dari Kalimantan di pekan Kubu Gajah.
Ketika berucap, saya berharap usaha mengembangkan seni budaya warisan bangsa dapat diteruskan untuk menarik minat remaja terutamanya mengenali sejarah dan asal usul mereka.
Remaja hari ini, lebih terdedah kepada dunia baru, sedangkan mereka juga harus tahu kekayaan seni budaya nenek moyang mereka dan mereka seharusnya berbangga kerana mereka juga milikki sejarah yang perlu diketahu oleh bangsa lain.
Di DUN Kubu Gajah, sendiri juga terdapat pelbagai budaya yang masih diamalkan oleh penduduk yang berhijrah ke negara ini, misalnya silat gayung pattani dan tomoi siam.
Saya sendiri sedang berusaha untuk menjadikan persembahan budaya pelbagai keturunan orang melayu di DUN Kubu Gajah, tidak lama lagi bagi menarik pelancong. Kearah itu, sebuah panggung budaya akan didirikan.

Saya juga menasihatkan kira-kira 20 orang pelajar Pertubuhan Seni Silat Sendeng Warisan Haji Ismail itu, agar mereka jangan menyalah gunakan segal ilmu yang diperlolehi, sebaliknya menurunkan segala pengetahun tersebut kepada keluarga mereka terutamanya dan rakan yang rapat.
Saya juga berharap pihak-pihak yang berkenaan supaya memberi juga tumpuan untuk mengembangkan seni budaya di kawasan luar bandar dan membuat kajian mendalam keatasnya.
Sebelum upacara tamat latihan dijalankan, satu majlis tahlil juga telah diadakan. Turut hadir ialah Ketua UMNO Cawangan Kubu Gajah, Abu Samah Aliddin, Ketua Kampung, Azemi Sabran, Ketua UMNO Cawangan Bagan Bahru, Shamsuddin Ibrahim dan Jawatankusa Bahagian Supri Musa dan Osman Ahmad.

0 comments:
Post a Comment